Bayi 6 Minggu Mabuk, Susu Formula Dicampur Dengan Vodka...Kejadian Itu Betul-betul Diluar Jangkaan Kita !!!!

2 comments


KENOSHA (AMERIKA SYARIKAT) - Gara-gara tindakan bodoh si bapa, seorang bayi berusia 6 minggu dikejarkan ke hospital selepas dia diberi minum susu formula bercampur dengan arak.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, ibu bayi secara tidak sengaja telah mencampurkan arak jenis Vodka dalam susu formula anaknya menyebabkan paras alkohol dalam darah mangsa mencecah 0.294. Tiga kali ganda lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan untuk pemandu dewasa.

Bagaimanapun. ibu bapa bayi berkenaan tidak akan didakwa kerana kejadian itu tidak disengajakan, menurut jurucakap polis Kenosha, Wisconsin Bradley Hetlet.

Namun, bapa mangsa, Brian Smith, 22, akan didakwa atas pertuduhan berkait dengan keganasan rumah tanga yang berlaku selepas kejadian itu.

Menurut keterangan ibu mangsa, dia itu mengisi air ke dalam bekas untuk dicampur dengan susu tepung sebelum meninggalkan dapur seketika.  Lelaki itu kemudian masuk ke dapur dan membuang air di dalam bekas tersebut dan mengisinya dengan vodka bertujuan untuk membawanya ke rumah rakannya.

Si ibu yang tidak menyedari tindakan suaminya itu masuk semula ke dapur dan mencampurkan dua auns vodka itu dengan susu tepung bayi dan memberi kanak-kanak itu minum. 

Pasangan itu hanya menyedari kesilapan mereka setelah melihat bayi mereka berkelakuan luar biasa.

Insiden kecuaian itu menyebabkan pasangan terbabit bergaduh dan beberapa anggota keluarga mereka juga turut campur tangan sebelum pasukan kecemasan tiba dan mengejarkan bayi itu ke hospital.

Bayi itu dilaporkan selamat dan telah dibenarkan pulang. -

2 comments

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini ANDA juga BOLEH Buat Duit dengan TRAFIK PERCUMA dari Facebook!

Nak tahu bagaimana???

KLIK SINI ===> Rahsia Trafik Facebook!

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Masih MENCARI KERJA???

Download laporan sulit ini sekarang.

Teknik Berkesan Mencari Kerja!

KLIK SINI ===> www.Kerjaya.xyz

P/S: Peluang keemasan seperti ini jangan dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top