KISAH HEBAT !!!! Walaupun Berusia 92 Tahun, Lelaki Ini Masih Gagah Menjual Mee Goreng Yang Cukup Lazat...

2 comments

Abdul Karim Pakir yang umurnya sudah pun menjangkau 92 tahun masih gagah menjual mee goreng di gerainya walaupun sudah sakit-sakit badan kerana cintakan kerjanya itu.

Memetik laporan mStar Online, dia tiada niat untuk bersara walaupun sudah di mamah usia kerana baginya kudratnya masih ada untuk meneruskan perniagaannya itu.

Beliau yang telah menjual mee goreng di Lorong Tamil berhampiran Kompleks Pasar Chowrasta telah menjalankan perniagaannyasudah lebih 30 tahun dan harga bagi sepinggan mi gorengnya kekal RM2.50 sepanjang dia berniaga di situ.

Abdul Karim, yang tinggal di Jalan Makloom dengan anak perempuannya, tidak kedekut memasukkan bahan-bahan dalam mi gorengnya yang tetap sama dengan sepinggan mi goreng yang dijual di sekitar Pulau Pinang.


"Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.

"Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam," katanya ketika ditemui.

Apabila ditanya mengenai sejarah hidupnya, Abdul Karim tidak mempunyai masalah untuk mengingati hari di mana dia meninggalkan India untuk ke Tanah Melayu.

"Di India, saya adalah seorang nelayan dan saya datang ke Tanah Melayu pada tahun 1947.

"Ketika itu saya berusia 24 tahun dan saya datang dengan adik-adik saya dan kami bekerja di sebuah kedai kopi, di situlah saya belajar cakap Bahasa Melayu.

"Saya hanya boleh membaca Tamil tetapi saya boleh cakap Bahasa Inggeris sikit-sikit,"katanya lagi.


Menurutnya, lima tahun kemudian, kedai kopi tempat di mana dia bekerja itu telah dijual dan dia membuat keputusan untuk menjual laksa untuk menyara kehidupannya.

"Saya akan memesan ikan dari Teluk Bahang kerana laksa yang baik perlukan ikan yang baik. Saya menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun sebelum saya ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.

2 comments

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini ANDA juga BOLEH Buat Duit dengan TRAFIK PERCUMA dari Facebook!

Nak tahu bagaimana???

KLIK SINI ===> Rahsia Trafik Facebook!

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Masih MENCARI KERJA???

Download laporan sulit ini sekarang.

Teknik Berkesan Mencari Kerja!

KLIK SINI ===> www.Kerjaya.xyz

P/S: Peluang keemasan seperti ini jangan dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top