Kantoi Miliki Lebih 10,000 Seluar Dalam Perempuan

No Comments


Sesetengah orang diketahui mempunyai fetish atau kecenderungan seksual pelik, contohnya suka menghidu seluar dalam perempuan.

Atas faktor inilah terdapat banyak kes kecurian seluar dalam dari ampaian dilaporkan.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Thailand ternyata melayan kegilaannya secara melampau apabila didapati memiliki lebih 10,000 helai seluar dalam perempuan terpakai dalam simpanannya.

Seluar dalam ini ditemui oleh pihak polis yang menjalankan siasatan selepas dia tertangkap ketika cuba memecah masuk sebuah bangunan di Chinatown Bangkok.

Menurut pihak polis lebih 1,000 helai seluar dalam perempuan dijumpai dalam kereta manakala 10,000 lagi di rumahnya.

“Dia mengaku menghidu seluar dalam tersebut hampir sepanjang masa walaupun ketika memandu,” ujar Major General Saroj Promcharoen.

Kini berusia 48 tahun, lelaki tersebut mengaku telah mengumpul seluar dalam perempuan terpakai sejak berusia 18 tahun lagi.

Bagaimanapun, pihak polis cuma dapat mendakwa lelaki ini atas kesalahan memecah masuk dan bukan mencuri memandangkan tiada laporan polis dibuat terhadapnya berhubung kes kecurian seluar dalam.

back to top