Tidak Pernah Mempunyai Agama Tetap: Stacy Gembira Dapat Peluk Agama Islam

No Comments
Stacy juga mengesahkan keputusan beliau untuk bergelar seorang muslim bukanlah atas desakan mana-mana pihak ataupun kerana beliau ingin berkahwin dengan kekasihnya Akim Ahmad.
Sepanjang kehidupan beliau, Stacy tidak mempunyai sebarang agama yang tetap dan hanya  menganuti agama Kristian tiga tahun lepas selepas keluarganya membuat keputusan untuk menganuti agama tersebut.
Tidak pernah menyesal kerana beragama Kristian sebelum ini, Stacy bagaimanapun merasa lebih seronok dan gembira ketika beliau sudah sah bergelar seorang muslim semalam.
Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.
Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama islam pada ketika itu.
Bukan sahaja Akim yang merasa bengang dengan tindakan individu tersebut malah Stacy juga turut merasa terkilan kerana ia merupakan privasi beliau. Penyebaran video tersebut sedikit sebanyak telah membuat beliau agak terganggu.
Malah, Stacy memohon semua tidak berkongsi atau memanjangkan isu ini serta memadam video ketika beliau mengucapkan kalimah syahadah.
Saya inginkan ‘privacy’ mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya saya ‘happy’ dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu. Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya.
Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak merakam dan menyebarkan video seseorang itu tanpa kebenaran daripada tuan empunya badan. Hormatilah  privasi orang lain dan amanah dalam kerja yang anda lakukan.

back to top