Kisah Perit Getir Mawar Fareeda Sebelum Bergelar Isteri Fizo Omar

No Comments
Kisah Perit Getir Mawar Fareeda Sebelum Bergelar Isteri Fizo Omar
Kisah Perit Getir Mawar Fareeda Sebelum Bergelar Isteri Fizo Omar | Sudah tentu ramai yang mengenali jenama Tudung Fareeda? Fareeda kini antara jenama tudung yang begitu popular di negara kita. Bila sebut mengenai tudung Fareeda, pasti mereka akan kenal juga dengan Mawar yang merupakan isteri kepada pelakon Fizo Omar.
Ya, beliau boleh dikatakan sebagai wanita yang berjaya menaikkan jenama Fareeda. Beliau antara tulang belakang kejayaan syarikat berkenaan. Namun begitu, siapa sangka di sebalik kejayaan yang dikecapi oleh Mawar rupanya terselit seribu satu kisah duka diawal perniagaannya.
Menurut Mawar, dia terpaksa mengorbankan waktu remaja semata-mata bagi membantu keluarga mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang pada awalnya langsung tidak dikenali ramai.
Memetik sumber info, Mawar mengakui jawatan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd yang digalas kini hasil titik peluh ibunya dan keluarga yang tidak kenal erti penat lelah bagi memastikan perniagaan dikenali.
Mula melibatkan diri di dalam bidang fotografi seawal umur 15 tahun ternyata memberi kelebihan buat dirinya untuk bergelar model tudung. Bakat dalam bidang peragaan dimanfaat sepenuhnya apabila dilantik duta tudung Fareeda oleh ibunya sendiri.
“Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada mulanya ibu memulakan perniagaan menjahit tudung yang ditempah kawan-kawan dan saudara mara. Saya masih ingat, saya jadi model tudung ibu sendiri kerana kawan saya dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi. Saya terpaksa jadi model dan Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera.”
Menurut Mawar lagi, dia terpaksa memikirkan dan menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan jualan tudung Fareeda agar lebih dikenali. Antaranya jual tudung di pasaraya dan sebagainya.
“Saya bukan dilahirkan terus senang, apa yang kami kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu. Bukan senang berada di tahap ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, saya turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam. Saya sendiri bawa barang dan stok tudung kerana pekerja tidak cukup. Saya pernah jual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam.”
Kata orang nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kisah Mawar ini wajar dijadikan inspirasi buat remaja yang mahu berjinak dalam bidang peragaan dan perniagaan tudung. Khabarnya Mawar bakal tampil dengan koleksinya sendiri yang bakal menemui pasaran pada tahun ini.

back to top