GEMPAR!!! Akhirnya Tentera USA berjaya cipta senjata Akhir Zaman, kini umat Islam di ambang KIAMAT

1 comment

Dua hari lepas saya terserempak dengan seorang abang ni (nama dirahsiakan) di sebuah warung makan. Abang ni memang saya kenal dia, orang dia memang "cool" tapi seronok bila sekali sekala dapat sembang dengan abang ni.

Dalam perjumpaan singkat kami di warung tu, abang ni sempat bercerita tentang "HAARP". Soalan pertama yang muncul dari mulut saya " Apa ke bendanya tu bang?" Jadi abang ni pun bagi penerangan ringkas tentang "HAARP" ni. Daripada apa yang saya faham dari penerangan abang tu "HAARP" ni ialah teknologi dari USA yang digunakan untuk mengawal keadaan cuaca bahkan boleh mencipta cuaca yang diinginkan misalnya dengan menggunakan "HAARP" ni, mereka boleh kawal cuaca, cipta puting beliung, jadikan hujan, alihkan awan, hasilkan gempa bumi dan juga tsunami. Dalam fikiran saya dahsyat juga teknologi USA ni sampai dah boleh cipta alat kawal cuaca. Bahkan ada teori konspirasi mengatakan bahawa alat inilah yang telah menyebabkan gempa bumi di negara China dan beberapa buah negara lain beberapa tahun lalu. 

Informasi dari Wikipedia menjelaskan bahawa Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP)) adalah sebuah program penyelidikan ionosferik bersama Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, Universiti Alaska dan Agensi Projek Penyelidikan Termaju Pertahanan (DARPA). Ia bertujuan untuk menganalisa ionosfera dan menyiasat potensi untuk membangunkan teknologi peningkatan ionosferik untuk kegunaan pengawasan dan komunikasi radio (seperti mengesan peluru berpandu). Program HAARP menggunakan sebuah kemudahan utama di Artik, dikenali sebagai Stesen Penyelidikan HAARP, sebuah tapak milik Tentera Udara A.S berdekatan Gakona, Alaska.

1 comments:

Asalam-o-Alykum, My name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w, My dreams about to Major Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time. I have shared many dreams on my fb page Allah and Muhammad pbuh in my Dreams and my blog Allah and Muhammad saww in my Dreams

back to top