SubhanaAllah!! 3 Wasiat Rasulullah Untuk Anda

No Comments


SubhanaAllah!! 3 Wasiat Rasulullah Untuk Anda | SubhanaAllah.. begitu tinggi kasih sayang Rasulullah kepada kita. Selalu mengingatkan kita tentang agama Islam yang syumul ini. Setiap perbuatan dan suruhan nya menjadi pelengkap kehidupan. In shaa Allah..jika di amalkan wasiat ini, hidup kita pasti akan berjaya dan tenang.  In shaa Allah… 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: 
“Temanku (yakni Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara; 1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan. 2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha. 3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”. (Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)
1. Puasa 3 Hari Sebulan
Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam melakukan puasa sunat 11 hari setiap bulan secara tetap (rutin), iaitu pada Hari Isnin dan Khamis (8 hari sebulan) dan tiga hari pertengahan iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam bersabda:
” .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya ” (Hadith Riwayat Tabrani)
2. Solah Dhuha
“Sesiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata :
“Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan)sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi).
Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam bersabda:
“Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, ‘Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.” (Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam keluar menemui penduduk Quba ketika mereka melaksanakan solat Duha, lalu . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Solat Duha dilakukan apabila anak-anak unta telah berasa kepanasan (kerana sinaran matahari):” (Riwayat Muslim dari Ahmad).
3. Solah Witir
Sembahyang witir boleh dilakukan selepas Isyak jika bimbang tidak dapat bangun malam. Sabda Nabi sallallaahu alayhi wa sallam.:
“Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam.” (Muslim).
“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh.” (Ahmad)
Sabda Nabi sallallaahu alayhi wa sallam:
“Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha).” (Baihaqi & al-Hakim)
“ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir.” ( HR. Ahmad)
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.
“Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

back to top