Wanita Ini Kongsi Cerita "Kahwin Untuk Kaya"

No Comments

Wanita ini berkongsi kisah bagaimana sebuah ikatan perkahwinan menjadikan hidupnya dan suami semakin kaya dan kini menjadi bos.
.
Dikenali sebagai Elliyn Rasif, dia memberitahu pada usia seawal 23 tahun, dia dan suami melangsungkan pernikahan dengan hanya berbelanja sebanyak RM3000 untuk satu tujuan hidup, iaitu ke arah yang lebih stabil.
“Buat perkara yang betul. Apa yang Allah suka dan apa yang Nabi suruh. Tak kisahlah apapun cabarannya. Rezeki Allah yang tentukan.”


“Sepanjang di universiti, sebenarnya kami dah mula menceburi bidang keusahawanan. Saya pernah jadi jururunding kewangan, dealer jual Dunkin Donut, jual T-Shirt dan macam-macam lagi. Suami pula jana pendapatan melalui events di universiti; pernah jual buah, jual air, buat photobooth dan komoditi emas. Kami tak joli & tak boros; duit tu semua kami simpan.


“Strategi kami, kalau nak kaya; nikah dulu. InsyaAllah berkat dan sudah dijanjikan rezeki serta kecukupan daripada Allah Taala. Couple tak tentu arah bertahun-tahun banyak kumpul dosa & berlakon je, jadi lebih baik kahwin. Kami nikah dahulu, pergi honeymoon 3 hari selepas itu selama 14 hari dan 6 bulan kemudian barulah kami buat 1 majlis walimah.


“Dengan modal tiga ribu ringgit (RM3000) dari dalam simpanan kami pun bernikah. Kenapa spend sikit je? Sebab pada kami fokus utama perbelanjaan adalah SELEPAS NIKAH, bukan semasa majlis nikah. Nasib baik juga kami ni dari background keluarga campuran jadi tuntutan tradisi demand itu ini tidak berlaku; kami follow guideline Islam sahaja. Mudah.


“Banyak benda kami DIY (Do It Yourself). Mahu majlis yang indah tapi dengan budget kecil. Hiasan majlis dan hiasan hantaran RM600 je semua kami pasang dan deco sendiri dengan kawan dan adik beradik. Baju, veil, tudung saya edit & jahit sendiri. Pelamin buaian cat dan hias sebdiri. Kebanyakan hantaran semua hadiah dari family untuk pengantin. Selebihnya bayar khemah dan catering lebih kurang RM2000 untuk jamu keluarga & kawan rapat seramai 150 orang yang hadir.
Selepas enam bulan bernikah, mereka berdua mula mengatur strategi perniagaan melalui ELLE ZADA, dengan hanya modal dalam tangan tanpa pinjaman ataupun kad kredit.
“Dunia keusahawanan menuntut ketahanan yang tinggi. Pernah kami roll modal masa awal peniagaan untuk tambah volume pengeluaran dengan melaburkan semua duit jualan RM40,000 sampai dalam akaun tinggal beberapa ratus ringgit sahaja untuk makan minum. Dari situ turnover ELLE ZADA mula mencapai jualan 6 angka pertama iaitu RM150,000.


“Satu persatu inisiatif kami bangunkan. Bermula dengan ELLE ZADA ONLINE www.ellezada.com , kemudian ELLE ZADA BUTIK, ELLE ZADA TAILORING HOUSE & terkini ELLE ZADA ACADEMY. Dahulu berdua kini berpasukan 25 orang.


“Bercinta selepas nikah impaknya bertahun-tahun masih terasa. Rasanya macam baru kelmarin bernikah, mahu bersiap ke Italy, tapi bila lihat keliling sudah ada Baby Bug berlari ke sana ke mari, bisnes sudah tegak berdiri dan masa depan boleh dicorak sendiri.

back to top