Wajib Baca!! 7 Keajaiban Selepas Menangis

No Comments
Wajib Baca!! 7 Keajaiban Selepas Menangis | Siapa kata menangis itu sekadar membazir air mata? Kaum wanita dan tangisan memang tidak boleh dipisahkan. Setabah manapun hati seorang wanita, airmatanya pasti akan mengalir saat hatinya tersentuh.
Selalu kita mendengar orang lain berkata, janganlah nangis lagi nanti bengkak mata itu. Dan kita pun pastinya sedar, bila menangis mata pasti akan menjadi merah.
Namun hakikat sebenarnya airmata yang kita bazirkan itu bukan sia-sia, selain dapat meredakan emosi diri, ada 7 Keajaiban Selepas Menangis. 
Tak percaya?
Wajib Baca!! 7 Keajaiban Selepas Menangis
Apa kata anda baca perkongsian di bawah ini:
1) Membantu Penglihatan – Air mata yang mengalir keluar sebenarnya mencegah mata dari dehidrasi atau kekeringan. Kebiasaannya bila membran mata kering atau dehidrasi, penglihatan kita akan menjadi kabur. Jadi cecair yang keluar dari mata, membantu untuk membuat pandangan kita menjadi lebih jelas.
2) Membunuh Bakteria – Mungkin selama ini kita tidak tahu bahawa air mata sebenarnya berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Lisozom iaitu sejenis cecair yang terdapat dalam air mata dapat membunuh kira-kira 95% bakteria yang terdapat pada mata.
3) Meningkatkan Mood – Menangis mampu menurunkan tahap kemurungan. Tangisan dapat membantu seseorang pulih dari mood sedih ke mood normal. Air mata yang terhasil ketika menangis mengandungi 24% protein albumin yang berfungsi meregulasi sistem metabolisme badan berbanding dengan air mata yang terhasil akibat iritasi pada bahagian mata.
4) Mengeluarkan Racun – Kajian menunjukkan bahawa air mata yang terhasil bila kita menangis kerana gangguan emosi sebenarnya membantu mengeluarkan racun dari tubuh badan kita.
5) Mengurangkan Stress – Tangisan juga adalah penawar paling mujarab untuk mengurangkan stress. Air mata membantu mengeluarkan hormon stress iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin yang terdapat dalam tubuh. Malah air mata juga mampu melawan penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6) Merapatkan Hubungan – Kebiasaannya bila seseorang sedang menangis, dia akan mencari individu yang rapat dengannya untuk meluahkan perasaan dan mendapat sokongan. Cara ini akan menimbulkan komunikasi dua hala, dan secara tak langsung merapatkan perhubungan antara keluarga dan juga kawan-kawan.
7) Melegakan Perasaan – Ketika diri diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian, terapi yang paling melegakan emosi adalah dengan menangis. Selepas kita menangis, otak dan jantung akan kembali menjadi lancar semula. Ini akan membuatkan kita rasa lebih lega dan tenang dan terasa lenyap segala masalah yang mebebankan.
Jadi selepas ini jika anda rasa stress atau sedih, jangan tahan-tahan airmata anda itu. Nangis dan keluarkan segala bebanan yang anda tanggung.

back to top