7 Perkara Tak Disangka, Boleh Buat Lelaki Tertarik Pada Wanita

No Comments


MUNGKIN ada yang menyatakan kaum lelaki ini sebenarnya pantang nampak wanita di sekeliling mereka pasti akan menggatal.
Jangan silap! Tidak semua lelaki begitu, pandang tidak bermaksud suka, mungkin mudah tertarik tapi sangat susah untuk terpikat.
Namun ada sumber menyatakan, tujuh perkara pelik ini sebenarnya mampu menarik perhatian lelaki terhadap kaum wanita.
Betul ke? Jom kita tengok apa perkara pelik itu, mungkin boleh dijadikan ‘senjata’ terbaharu untuk kaum wanita memikat lelaki yang mereka suka kan.. siapa tahu.
1. Wanita yang berkaca mata.
Nora Danish
Sumber: Instagram Nora Danish
Wanita yang berkaca mata dipercayai lebih menarik perhatian kaum adam. Ramai lelaki menyatakan pasangan mereka kelihatan menawan dengan kaca mata. Jadi, sudah tiba masa wanita yang berkaca mata di luar sana singkirkan penggunaan contact lens dan kembali gunakan kaca mata. Mungkin anda akan nampak jodoh dengan lebih jelas!
2. Loghat ketika bercakap
Che ta
Sumber: Instagram Rozita Che Wan
Anda tidak perlu berdarah kacukan atau campuran untuk disukai. Loghat ketika bercakap bergantung pada asal-usul sudah memadai untuk mencairkan hati lelaki. Apa yang penting yakin! Mungkin lelaki mendapati wanita yang menjadi dirinya sendiri jauh lebih seksi daripada wanita yang tidak punyai identiti sendiri.
3. Tuala di kepala
Woman with a towel on head in beauty salon
Satu lagi benda pelik yang dikatakan menarik perhatian lelaki adalah tuala di kepala wanita selepas mereka mandi. Pelik kan? Tapi itu tidak mustahil kerana mungkin ada perkara yang menampakkan wanita itu lebih menawan selepas mandi.
4. Lihat wanita bersolek
siti
Wanita yang bersolek di hadapan lelaki boleh menarik perhatiannya. Kenapa? Lelaki mungkin akan kagum dengan skil serta kehebatan wanita menghias diri mereka. Tapi janganlah sampai terlebih solek pula ok!
5. Apabila wanita bersenam
sakinah
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
Lelaki dikatakan gemar melihat wanita bersenam dan mengeluarkan peluh. Mungkin kaum hawa merasakan diri mereka agak selekeh serta melekit ketika itu tapi kaum lelaki mendapati wanita lebih seksi semasa melakukan senaman. Jadi, rajin-rajinlah bersenam.
6. Memakai pakaian corak celoreng atau corak askar
7 Strangest Things Men Find Appealing in a Woman Camo
Ya.. lelaki mendapati wanita dengan pakaian corak celoreng sangat menawan. Mungkin menampakkan sedikit sisi ganas dan kasar namun tetap feminin. Jadi, tidak semestinya wanita yang memakai skirt pendek sahaja boleh menarik perhatian lelaki ya!
7. Memakai baju suami atau boyfriend (Baju lelaki)
7 Strangest Things Men Find Appealing in a Woman With his shirt on
Berpakaian tidak kemas atau messy look juga mendapati boleh menarik perhatian kaum lelaki. Kepada wanita yang sudah bersuami, cubalah trick ini dan lihat bagaimana reaksi mereka. Sememangnya wanita dengan pakaian lelaki juga adalah trend dan ianya akan menampakkan mereka lebih trendy dan stylish.

back to top