Lelaki Ini Digelar Paling Bertuah Kerana Telah Menipu Kematian 7 Kali

No Comments
Frane Selak, seorang guru muzik warganegara Crotia digelar ‘The luckiest unlucky man to ever live‘.

Beliau telah terlibat dalam 7 kemalangan ngeri tetapi terselamat dalam kesemuanya. Semuanya bermula pada Januari 1962, apabila keretapi yang beliau naiki telah terkeluar daripada landasan, dan kemudiannya menjunam ke bawah gaung seterusnya ke dalam sungai. Akibat dari peristiwa itu, sebanyak 17 orang terkorban, akan tetapi Frane berjaya diselamatkan.
Pada tahun berikutnya, Frane pertama kali telah menaiki sebuah kapal terbang kecil. Malangnya, pada kali ini enjin kapal terbang ini tidak berfungsi dan mula kehilangan altitud. Ajaibnya, Frane terkeluar dari pintu kapal terbang itu dan terjatuh ke atas tindanan rumput-rumput kering yang meninggi. 19 orang terkorban dalam kemalangan ini, dan sekali lagi Frane ‘menipu’ kematian. Kali ini, Frane adalah satu-satunya mangsa yang terselamat.
Ikuti video di bawah untuk cerita selanjutnya.
Oh, bab loteri tu jangan tiru ye.
Apa-apa pun, ajal dan maut di tangan Tuhan. Semoga kita menggunakan masa hidup kita dengan sebaik-baik mungkin.

back to top