Baru-baru ini telah berlangsung dengan meriahnya Festival Belia Putrajaya 2015. Festival yang diadakan selama tiga hari tersebut mengumpulkan pelbagai jenis daya tarikan dan berjaya menarik perhatian ribuan malah mungkin jutaan pengunjung.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah gelagat dan kebolehan Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Memang berbakat, bukan sahaja hebat dalam berpolitik malah cukup sempoi.
Boleh dikatakan semua sukan dan permainan dia try. Jadi berikut 10 sebab kami rasa KJ menteri paling sempoi dan cool sepanjang zaman!
1. Tall, Dark & Handsome
Fakta yang pertama ini memang diakui sendiri oleh empunya badan dan tiada siapa boleh nafikan. Dek sebab tall, dark & handsome ini lah membuatkan ramai gadis meminati KJ.
2. Bakat Lakonan Setanding Remy Ishak
Rasanya semua sedia maklum bakat besar KJ dalam bidang lakonan. Antara watak yang pernah dilakonkan ialah driver teksi dan penjual ayam percik.
Memang terbaik lah, kalau KJ teruskan berlakon mesti Remy Ishak, Zain Saidin, Zul Ariffin tak boleh cari makan hihi.
3. Menteri Paling Fit!
Kami rasa di Malaysia ini KJ merupakan menteri paling fit dan bersesuaian dengan jawatan yang disandang. Cakap je sukan apa, semua KJ main lah!
4. Pengarah Filem
Jangan tak percaya, KJ juga mengarah sebuah filem pendek untuk projel Ikal Mayang. Jika sebelum ini KJ hanya berlakon di dalam filem tersebut sekitar 2013, kali ini mengarah pula.
5. Tak Kisah Kena Troll
Walaupun sering kali di troll oleh orang ramai namun KJ antara menteri paling sempoi dan tak cepat melatah. Malah KJ troll balik! No hurt feeling bro!
6. Pakaian Sempoi
Korang tengok lah sendiri pakaian KJ bila menghadiri mana-mana event. Bagi kami KJ cukup bersahaja dalam pemakaian. Tak macam menteri lain la kot .
7. Pandai Tackle Hati Orang Muda
Sudah lah tall, dark and handsome, pandai pula tackle hati orang muda. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan belia pasti akan ditangani dengan bijak.
8. Peminat Tegar Manchester United!
Ini sebab paling kukuh kenapa KJ menteri paling cool! Hanya yang menyokong Manchester United saja yang cool haha!
9. Skaterboy
Korang pernah tengok menteri yang lain main skate macam KJ ini? Hurm tak ada kot.
10. Contoh Bapa Terbaik!
KJ sering kali memuat naik foto bersama anak-anaknya di Instagram dan ianya sering mendapat perhatian dan pujian ramai. Comel!
Gadis-gadis di luar sana mesti mendambakan seorang lelaki dan suami seperti KJ kan?