Rahsia Solat Dan Azab Seksa Orang Yang Tinggalkan Solat

No Comments


Artikel kali ini adalah untuk peringatan diri sendiri dan juga kepada semua kaum muslimin dan muslimat di luar sana. 
Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Rahsia Solat Dan Azab Seksa Orang Yang Tinggalkan Solat

Rahsia Solat Dan Azab Seksa Orang Yang Tinggalkan Solat

AZAB DI DUNIA (KETIKA HIDUP)
1. Allah menghapuskan tanda-tanda orang yang soleh dari wajahnya
2. Allah akan menyempitkan rezekinya
3. Allah akan mengurangkan keberkatan atas umurnya
4. Segala amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan dikurniakan pahala
5. Doanya tidak akan dimakbulkan
6. Tiada doa dari para solehin untuknya
AZAB KETIKA HAMPIR MATI
1. Kematiannya penuh dengan kehinaan
2. Kematiannya dalam keadaan sangat lapar dan dahaga
3. Keluar rohnya dari jasad tanpa iman
AZAB KETIKA DI DALAM KUBUR
1. Allah akan menyiksanya berterusan sehingga ke hari kiamat
2. Akan dihimpitkan serapat-rapatnya liang kubur sehingga bertemu rusuk kiri dan kanannya
3. Dinyalakan api di dalam kuburnya khas untuk membakarnya
AZAB BERTEMU ALLAH
1. Allah tidak memandangnya dengan pandangan belas kasihan
2. Tiada rahmat serta keampunan daripada Allah untuknya
3. Malaikat akan menyeretkannya ke neraka dengan penuh kekasaran
P/S: Usahalah walaupun ia susah, paksalah walaupun ia pahit, kerana mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. 


Rasulullah s.a.w bersabda :
Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan,manakala Syurga itu dipagari dengan ujian dan kesukaran

back to top