Baring Selama 70 hari Dibayar USD 18,000

No Comments

Oleh Aimi Nordin. Sumber crackerdaily.com

Tak boleh ke baring je dan duit masuk? Itulah ungkapan yang selalu diucapkan oleh mereka yang mungkin tidak suka dengan pekerjaan mereka atau malas untuk lakukan sebarang pekerjaan. Siapa yang tak suka bermalasan dan baring tapi masih mempunyai pendapatan kan?

Pekerjaan impian anda bakal menjadi kenyataan. Anda tak perlu malu kerana dengan bangganya anda boleh katakana kepada orang ramai yang anda bekerja untuk NASA. NASA kini sedang mencari sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam ‘Bed Reast Studies’ mereka. Peserta akan menghabiskan masa selama 70 hari berturut-turut tanpa meninggalkan katil.

Mereka dibenarkan untuk berkomunikasi melalui Skype dan mereka juga boleh menggunakan telefon pintar mereka. NASA mendakwa para sukarelawan hanya dibenarkan meninggalkan tempat tidur selepas tempoh kajian dan mereka akan dibayar sebanyak USD 18, 000. Jikalau anda ada keberanian dan kesanggupan untuk baring selama 70 hari berturut-turut apa kata cuba jadi sukarelawan untuk NASA ini. Mana tahu boleh dapat USD 18, 000. 

back to top