ALHAMDULILLAH!!! 7 Foto Baby Bump Hanez Suraya yang semakin besar dan ketara

No Comments

Bakal menyambut kelahiran anak sulungnya yang dijangkakan pada hujung tahun ini, Hanez Suraya dalam masa yang sama sebenarnya turut mengalami alahan selain turut menjadi penggemar teh tarik secara tiba-tiba.

“Alhamdulillah, kandungan saya sihat. Syukur sangat kehamilan pertama ini tidak mendatangkan banyak masalah cuma alahan-alahan biasa sahaja. Sekarang ini pun saya tak boleh nak bau minyak wangi selain sudah jarang masak sebab tak boleh bau masakan”

“Kalau sebelum mengandung saya bukanlah seorang yang penggemar minuman teh tarik, tapi bila berbadan dua ini, saya jadi ‘gian’ minum teh tarik. Kalau boleh memang hari-hari akan pergi kedai mamak hanya untuk minum teh tarik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, menurut pelakon ini lagi, dia dan suami merahsiakan terlebih dahulu jantina anak sebelum diumumkan kelak selain turut menghormati keputusan Romie agar tidak memberitahu tentang jantina anak di awal kandungan.







back to top