Wanita Ini Dedah Tahap Keselamatan MAS . Patutlah MH370 Hilang

No Comments

Wanita Ini Dedah Tahap Keselamatan MAS . Patutlah MH370 Hilang

SEORANG penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini menarik perhatian ramai di laman Facebook apabila mempertikaikan tahap keselamatan syarikat penerbangan kebangsaan yang didakwa tidak cekap.


Dedah Xin Ci lagi,  ketika melalui pemeriksaan keselamatan di pintu masuk, tiada sesiapa yang ditugaskan untuk memeriksa kad pengenalan sama ada sepadan dengan nama yang tertera pada pas.


“Ini ialah perkara besar. Bayangkan risiko keselamatan sekiranya orang boleh memasuki pesawat dengan pas pelepasan orang lain.

“Apa jadi sekiranya orang itu adalah penjenayah dan berjaya menggunakan identiti saya untuk menaiki penerbangan itu. Tidakkah kita belajar apa-apa daripada MH370?” katanya yang nyata kecewa.

Difahamkan, selepas insiden itu kakitangan MAS enggan mengusir penumpang terbabit sebaliknya meminta Xin Ci duduk di tempat lain iaitu selang tiga baris di belakang tempat sepatutnya.

Menerusi ruangan komen pada status Xin Ci, pihak pengurusan MAS telah menerima aduannya itu dan berjanji akan menyiasat kejadian berkenaan.

back to top