Salam semua. Hari ni nak kongsi tips untuk hamil anak lelaki. Dah nama pun tips. Tak semestinya boleh dapat terus anak lelaki. Yg penting dah ikhtiar. Kemudian kita serahkan pada DIA ok!!
Kalau refer buku sains form 3 dulu, kita faham yg jantina bayi ni ditentukan oleh kromosom. Kalau XX boleh dapat anak perempuan. Kalau XY dapat anak lelaki. Sperma suami yg akan menentukan sama ada bayi tu jadi lelaki ataupon perempuan.
Apa dia antara cara dan tips untuk dapatkan anak lelaki?
Comel nye kannnnnn!!!!
Waktu subur isteri
- Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y agak pendek. Iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam je. Sebab tu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran dengan waktu ovulasi. Sebabnya peluang untuk dapat anak lelaki adalah tinggi time tu. Kalau nak tau time ovulasi boleh refer kat sini.
- Kita tak digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 1 minggu sebelum tarikh ovulasi tu. Sebabnya kita nak kekalkan jumlah sperma yg tinggi. Seorang lelaki yg mempunyai jumlah sperma yg tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki.
Teknik hubungan intim
- Salah satu cara untuk dapatkan anak lelaki adalah teknik doggie style. Sebabnya teknik ini membenarkan penis suami lebih dekat dengan serviks dan jarak penjalanan yg lebih pendek membenarkan sperma Y yg agresif mencapai telur dahulu. Ini disebabkan sperma Y boleh bergerak dengan cepat tetapi tenaga boleh dihauskan dengan cepat. Sebab tu hayat sperma Y adalah lebih pendek daripada sperma X.
- Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu malam.
Pemakanan
- Makan daging merah, makanan laut, kacang seperti kacang hijau, hazelnuts, almond, makanan ringan yg masin seperti keropok pon digalakkan.
- Elakkan makan makanan berasid seperti buah limau, nenas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
- Suami harus minum banyak minuman yg banyak soda seperti minuman cola. Suami juga digalakkan minum minuman berkafein seperti kopi 1 jam sebelum melakukan hubungan seks. Ini untuk merangsang sperma Y yg lebih aktif.
Tahap kealkalian faraj
- Sperma Y lebih bertahan dalam keadaan alkali. Kita dicadangkan menukar cecairan faraj kepada beralkali dengan memasukkan cecair bikarbonat yg beralkali ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cecair bikarbonat ni boleh dibeli di farmasi.
Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami
- Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki adalah isteri seharusnya mendapat kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yg boleh merangsang pergerakan sperma Y.
Ok, itula antara tips2 yg boleh diamalkan untuk cuba dapatkan anak lelaki. Pun begitu, tiada jaminan 100% yg kita boleh dapat anak lelaki dengan mencuba cara di atas ni. Ini semua adalah kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak kita. Banyak faktor lain yg turut mempengaruhi dalam menghasilkan jantina anak yg kita inginkan tu. Dan tips2 ni banyak sebenarnya dikongsi oleh blogger lain. Saje kongsikan sekali untuk tatapan bersama. =)
Yang penting, bila anak lahir, anak sihat Tak kisah la jantina apa sekali pun kan!! Besar nanti jadi anak yg soleh dan jadi saham ibu dan ayah di akhirat. Itu yg lagi awla. =)
Selamat mencuba!