Solat Sunat Wudhu' Yang Perlu Anda Tahu

No Comments
Solat Sunat Wudhu'

Solat Sunat Wudhu' | Solat sunat wudhu' amat besar pahalanya dan sesiapa yang melakukannya akan diampuni dosanya , yakni dosa-dosa yang kecil . Adapun dosa-dosa besar itu hanya akan terampun dengan taubat nasuha .


Solat Sunat Wudhu'


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Apabila seseorang itu berwudhu' dan dia menyempurnakan wudhu'nya , kemudian dia bersolat ( sunat ) dua rakaat atau empat rakaat dengan khusyu' , kemudian dia berdoa memohon keampunan , Allah akan mengampunkan dosa-dosanya . "

( HR Abu Ya'la )

Kelebihan Solat Sunat Wudhu' :


1 . Diampunkan dosa-dosa yang lampau

Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat , yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri ( yakni mendirikannya dengan khusyuk ) nescaya Allah S.W.T akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu . ”

2 . Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya , melainkan telah wajib baginya syurga . ”

Niat Solat Sunat Wudhu' :


Niat Solat Sunat Wudhu'

" Sahaja aku solat sunat wudhu' dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Pada rakaat pertama , selepas membaca surah Al-Fatihah , dibaca pula surah Al-Ikhlas . Pada rakaat kedua , selepas membaca surah Al-Fatihah , dibaca pula surah Al-Nas .

Doa Solat Sunat Wudhu'


Doa Solat Sunat Wudhu'

" Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagi-Nya . Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya . Ya Allah ! Jadikanlah aku orang yang ahli bertaubat , dan jadikanlah aku orang yang suci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh . Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan kepujian Engkau dan aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau , aku pohonkan keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada-Mu . "

Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk | Solat Sunat Wudhu' .

back to top