Tapi biasa lah kalau dah jadi artis popular, ramai orang yang mengambil berat tentang perkembangan seni dan juga privasi. Bercakap mengenai zuriat, Ella merancang untuk membuat rawatan tradisional.
Ella akui memang belum berputus harap untuk melahirkan zuriat sendiri walaupun umur dah lanjut dan bermacam-macam cara sudah dilakukan. Sabar ya Ella, belum tiba rezeki lagi kot
Saya memang suka budak-budak dan ada terfikir mahu mengambil anak angkat tetapi sekarang saya sibuk dengan kerja. Saya bimbang dengan kesibukan saya, nanti anak itu terabai pula.
Tapi sebolehnya saya mahu cuba dan usaha lagi. Saya mencuba dari segi rawatan tradisional juga moden.
Ella juga memberitahu bahawa dia tidak tertekan dan tidak ada desakan dari suami dan juga keluarga mengenai zuriat kerana mereka faham dengan situasi sekarang.
Saya tidak tertekan setiap kali ada yang bertanyakan hal ini, lagipun pertanyaan sebegitu memang normal dan semula jadi
Di rumah pun sebenarnya saya tidaklah berasa terlalu sunyi kerana saya dan suami masing-masing sibuk dengan kerja dan apabila di rumah kami memang luangkan masa bersama.
Sabar lah Ella, mungkin rezeki untuk dapatkan anak sendiri belum sampai lagi. Harap-harap Ella sihat dan bahagia di samping suami tercinta.