Misteri Black Hole Yang Sering Di Perkatakan Manusia...Aneh dan Misteri di Kawasan Segi Tiga Bermuda

No Comments
Misteri lubang hitam yg bertaburan di angkasa raya yang dikatakan hampir mirip dengan konsep rentetan kejadian-kejadian aneh dan misteri di kawasan Segi Tiga Bermuda.Tetapi berbeza dengan kes di Segi Tiga Bermuda yang rata-rata menelan kapal laut mahupun pesawat terbang,lubang hitam itu boleh dikatakan lebih hebat lagi.


Ia digambarkan berbentuk lubang graviti yg ukurannya lebih luas dan besar daripada matahari serta ia mampu menarik dan menelan apa saja yg berada berdekatannya termasuk planet-planet lain. Misteri yg menyelubungi terjadinya fenomena lubang hitam bagaimanapun juga hanya dapat dikaji dari jauh, lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang hitam itu.

Teori lubang hitam dikemukakan lebih dua ratus tahun dahulu.Pada 1783,seorang ilmuan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya sebuah lubang hitam setelah beliau meneliti dan mengkaji teori gravitasi Isaac Newton.

Beliau berpendapat jika sesuatu objek dilemparkan tegakurus keatas,maka ia akan terlepas dari pengaruh graviti bumi setelah capai kecepatan lebih dari 11 kilometer perdetik. Maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki graviti yg lebih besar dari bumi.

 Istilah 'Lubang Hitam' pertama kali digunakan oleh ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968.Beliau memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat kerana cahaya turut tertarik ke dalamnya sehingga kawasan di sekitarya menjadi gelap.

Menurut teori evolusi bintang,lubang hitam berasal daripada sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan lebih dari 25 000 ribu darjah celcius. Ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yg memakan waktu kira-kira 10 juta tahun untuk selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.



Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih satu dekad menunjukkan kekuatan tarikan graviti lubang hitam menyebabkan banyak bintang hancur dan ditelan olehnya. Ahli-ahli astronomi berjaya melihat bagaimana proses lubang hitam menyedut gas yg bertebangan disekitarnya. Gas tersebut menjadi panas sehingga memancarkan radiasi dalam pelbagai gelombang,

mulai dari gelombang radio hingga ke gelombang-X.Ahli astronomi dapat memperkirakan kedudukan lubang hitam cara memperhatikan disekitar bintang atau gas di angkasa lepas. Apabila suatu tempat di ruang angkasa tidak ditemui cahaya tetapi disekitarnya terdapat banyak objek-objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum akhirnya hilang. Maka titik tersebut tidak lain tidak bukan adalah lubang hitam.

Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik perhatian para ahli astronomi untuk terus menelitinya sehingga mendapatkan satu jawapan yg memuaskan.

Selagi manusia belum menjelajah jauh ke luar angkasa, maka jawapan itu gagal diperoleh dan berbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan untuk memecahkan misteri alam semesta ini.

back to top