Kenyataan seorang wanita mengundang kritikan netizen kerana dianggap tidak wajar dan relevan.
Gambar yang diperolehi dari sebuah Facebook Group resepi ini dikritik netizen kerana wanita itu sesuka hati menjatuhkan hukum terhadap mereka yang sudi dan ikhlas berkongsi resepi dengan ahli-ahli group yang lain.
“Kepada umat Islam, cuba jangan hantar gambar makanan. Hukumnya haram. Kalau tak nak menunjuk-nunjuk, kalau tak nak bagi makanan tersebut, kalau ada orang mengandung kempunan, yang menghantar, dia yang berdosa,” katanya.
Berikutan itu netizen membalas kenyataan wanita berkenaan.
“Tak payahlah join group ini kalau haram. Mereka kongsikan resepi, bukan menunjuk-nunjuk. Meroyan pula dia di sini,” kata Noor Jehan.
“Sebenarnya kalau masak hingga baunya sampai ke rumah jiran, memang kita kena bagi la. Ikram tu. Tetapi yang ini saya belum pernah dengar hadis tentang ini lagi. Lagi pun, ini group masak memasak. Jadi pada saya, kita nak belajar dan mengajar, bila post gambar masakan dan kita bagi resepi, sekurang-kurangnya yang tak tahu memasak inshaAllah dah lebih mahir memasak,” kata Siti.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menjatuhkan hukum sesuka hati. Sebaliknya, selidik sebelum memberi apa-apa jua bentuk kenyataan di laman sosial. Tindakan yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan hukum sesuka hati boleh mengelirukan orang ramai. Adalah lebih wajar bertanyakan kepada para ilmuan agama. – SUMBER
Sumber: vivamerah