Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilangsaat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telahmelewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masaremaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitupassion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya.
Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari,mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa Inggeris.Perasaannya begitu dicabar. Semuanya baru; orang baru, persekitaran baru, bahasa baru. Iamerasa bersemangat. Namun demikian, ia mengakui "hidup di UK terlalu berat dan mahal, makasaya putuskan untuk kembali ke Jepun 2 tahun kemudian."
Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut. Caranya berpakaian telah berubah. Ia sangatkebaratan. Pakaiannya ketat dan memakai skirt mini. Kerana merasa tidak sesuai tinggal dipinggir bandar, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalah bandar besar yangsangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang rakanwanita yang mengajarnya memandu motor. Saat itulah, ia merasa menjadi wanita bebas.
Di atas motor, ia melihat sebuah papan iklan. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanitapeninju. Sejak saat itu ia berfikir, "Aha, inilah passion-ku!" Chika bertekad menjadi peninju. Pada masa itu tahun 1999 Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagai seorang peninjuprofesional.
Di tahun 2001 dan 2002 ia menjadi satu-satunya wanita peninju asal Jepun yang memenangipelbagai kejohanan tinju peringkat dunia. Malangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, "Saya telahberkorban banyak; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi.Sementara, hidup di Amerika juga berat kerana saya serba kekurangan. Saya merasakanpenderitaan fizikal dan mental. "Hidayah di balik musibah Suatu hari Chika menderita cedera.
Menurut doktor, itu adalah kecederaan yang serius. Katanya ia perlu beralih profesi. Sebagai atlit,kecederaan adalah perkara yang menakutkan. Ia terancam kehilangan impiannya sebagai peninjuwanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek.Tapi ia berkeras harus bertahan dan harus kembali. Maka ia ikuti proses pemulihan dan kembali kering. Secara emosional Chika merasa gelisah. "Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saatitu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak.
Saya tidak boleh berlari, tidak boleh berjalan, tidak punya keluarga, dan tak punya tujuan hidup."Dia mempersoalkan kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun?Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku dibisikihawa nafsu bahawa, "Inilah tujuan hidupku. Passion-ku adalah tinju. Segalanya telah kukorbankan demi bertinju. Aku boleh bertahan demi kerjaya sebagai wanita peninju. Aku bolehmembantu orang lain dengan berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesionsebagai peninju.
"Seolah benar, Chika mencari sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pasti mendapatimasalah, lalu berjaya melaluinya, lalu timbul lagi masalah, dan kita lewati lagi, demikianseterusnya . Maka ia pikir pasti boleh selamat melaluinya. Ia pun tak menuruti nasihat doktor.Mulanya Chika mendapatkan "keajaiban" bertubi-tubi. Ia mendapatkan sponsor dan pindah keKalifornia untuk berlatih demi kejohanan. Di sana ia mendapatkan jurulatih yang hebat. Saat itu iamerasa begitu kuat, sihat dan dimudahkan.
Malangnya, lagi-lagi ia masih belum mendapat jawaban atas kekosongan jiwa itu. "Ini pasti bukanjalan yang benar," ujarnya. Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik, perniagaan dan agama. Ia tetap tidakmendapat jawaban. Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang bekas peninju kelasdunia. Ia seorang muslim. Ia berbincang dengannya. Ia sangat mudah, rendah hati, ramah, danbaik sekali. Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun."Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan kemahiran yang tinggi untuk memperolehketenangan. Saya juga boleh mendapatkannya sambil fokus pada tinju, "Fikirnya. Lantas, tiba-tibatakdirnya berubah.
Kerjayanya terhenti tanpa sponsor, selepas cuba peruntungan di New York selama 4 bulan.Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagi. Ia putus asa dan menghentikan semuanya.Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita asal Perancis, dia seorangKristian. Dia mengatakan ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta.Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. "Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta,"jawabnya. Maka Chika ikuti cadangan rakannya untuk mempelajari agama-agama. Beliau pergitempat ibadah hindu, gereja, budha, dan masjid.
Di masjid, Chika mengenang saat-saat menjemput hidayah-Nya, "Saya bersujud, menangis. Hatidan jiwa ini berbisik; butuh banyak masa untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembalikepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim. Pada hari Jumaat, beberapa tahun yang lalu,saya tinggalkan tinju, cinta dan rancangan ingin berkahwin cepat. Saya mengucap syahadah. ""Tentu saya sedih. Memang sukar meninggalkan passion-mu.
Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia.Inilah jalan yang benar, "pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwaselepas berislam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah. Ia menyedari bahawaakan ada cabaran lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju. Namun hal itu takmenyurutkan tekad Chika guna mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini ia serahkanseluruh potensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah.
- Dairi Share