Dengan kepesatan ekonomi sekarang,perbelanjaan bagi menguruskan kehidupan dan keperluan menjadi begitu tinggi,ada yang mengeluh baru beberapa hari mendapat wang gaji sudah habis di gunakan,maka terpaksalah mengikat perut.
wang - sekadar foto hiasan |
Kenapa wang gaji kita tidak pernah cukup?mari kita lihat,mungkin ini faktor-faktor penyumbang gaji kita sering tidak pernah cukup:
- Berhutang dan terus berhutang,umpama gali lubang tutup lubang - berhutang dan kerap berhutang ini antara punca yang mana kita terpaksa membayar wang yang kita pinjam atau membeli barang secara berhutang walaupun kita sendiri tahu bahawa kita tidak berkemampuan membayarnya,lantaran itu,kita akan mencari hutang lagi untuk membayar hutang yang lain dek kerana wang gaji tidak cukup untuk menampung hutang.
- Membeli Barang Bukan Keperluan Utama - Ramai di anatara kita yang bila mendapat wang gaji tidak berfikir panjang,apa yang ada di fikiran hanyalah untuk bershopping,tiada salahnya bershopping untuk membeli barang keperluan utama,tetapi kadang kala bila sudah berada di shopping mall maka hati menjadi tamak dan tidak kuat apabila memaksa diri untuk membeli barang yang bukan keperluan utama.
- Tidak Mengasingkan wang gaji terlebih dahulu - seeloknya apabila kita menerima wang gaji kita hendaklah mengasingkannya dulu seperti membayar kenderaan,kos minyak untuk bulan tersebut,kos makan minum yang di congak mengikut kebiasaan,serta perkara yang perlu kita bayar,manakala anda hendaklah juga menetapkan wang simpanan unntuk di simpan dan tidak di usik,kerana wang itulah yang akan menjadi penyelamat di kala kita memerlukan wang sekaligus kita tidak perlu mencipta "Hutang".
Selain itu,anda boleh fikirkan apa yang boleh menampung perbelanjaan anda dalam sebulan,mungkin anda boleh berniaga secara kecil-kecilan seperti membuat Cookies homemade,perkhidmatan menaip dan sebagainya kerana seperti anda sedia maklum zaman telah berubah maka kita ada banyak cara bagi menambah pendapatan,silap haribulan apabila kita lakukan ini,wang gaji pekerjaan tetap kita tidak berusik dan boleh di simpan,maka kita hanya guna wang hasil dari kerja sampingan.
Berhutang! sekali lagi saya memberitahu JANGAN sesekali Cipta Hutang,kerana ia pasti akan menyusahkan anda kelak. Rezeki Di dunia ini sangat luas untuk di cari.