KENAPA DATUK YUSOF HASLAM TAK SUKA DENGAN FILEM ANAK-ANAKNYA?
Tidak siapa menyangka Datuk Yusof Haslam tidak berapa berkenan dengan filem arahan anak-anaknya kerana dikatakan kurang menepati citarasanya.
Tapi, itu cerita dulu. Kini, setelah melihat kejayaan-kejayaan Syamsul dan Shafiq, Yusof Haslam nampaknya akur dengan perubahan yang dibawa oleh mereka.
Memetik Murai.com, Datuk Yusof Haslam mengatakan elemen wanita cantik tidak lagi boleh menarik peminat.
“Isteri saya selalu ingatkan saya, tak perlu nak bersaing dengan anak sendiri, biarlah mereka tentukan dan hasilkan idea untuk pembikinan filem, kita sebagai yang senior serta selaku ibu bapanya, hanya memberikan semangat dan nasihat agar mereka gembira dengan filemnya,” katanya.
Tapi, tindakan Yusof Haslam memberi peluang kepada anak-anaknya harus diberi pujian.