MIAMI: Kehadiran cahaya berbentuk seperti tahi bintang pada awal pagi di langit Cape Canaveral telah mengejutkan orang ramai di mana rata-rata mereka keluar rumah untuk melihat peristiwa pelik ini.
Mereka bertindak merakam kejadian berkenaan yang disifatkan pelik dan ada mendakwa ia adalah kapal UFO dan ada juga mendakwa ia adalah meteor yang melalui ruang angkasa Miami.
Rata-rata mereka merakam kejadian berkenaan dan dimuatnaik ke laman Facebook, Twitter dan Instagram.
Penyebaran video berkenaan merebak dengan pantas ke pengetahuan orang ramai di mana mereka ada antara mereka melahirkan rasa bimbang.
Bagaimanpun akhirnya segala persoalan yang membuatkan penduduk panik itu terjawab apabila pihak berkuasa dengan pantas tampil membuat kenyataan menafikan cahaya berkenaan adalah sebuah pesawat UFO.
Cahaya berkenaan ialah terhasil dari sebuah roket yang dilancarkan pada pagi itu di sebuah tapak pelancar roket berhampiran kawasan tersebut oleh tentera laut US untuk menghantar sebuah satelit komunikasi ke orbit.
Menurut pakar, kejadian ini terjadi kerana pembiasan cahaya terhadap gas yang dihasilkan oleh pergerakan roket Atlas dengan cahaya matahari yang baru menerangi kawasan berkenaan pada pagi itu.
Wap air dan gas-gas dari kanan roket yang bergerak dengan kelajuan tinggi bertindakbalas dengan cahaya matahari berkenaan memang cantik tetapi ia merupakan satu yang baru bagi penduduk menyebabkan suasana panik itu wujud.- sumber