Ayat Menautkan Kasih Sayang

No Comments

ayat kasih sayang
Kasih sayang yang ikhlas dapat menyenangkan hati setiap manusia.
Kasih sayang kepada Allah lebih utama dari segalanya…
Kasih sayang bukan untuk dimain atau dipermainkan tapi dengan keikhlasan…
Ayatul Mahabbah
Doa supaya kita dikasihi dan disayangi oleh suami,isteri,anak-anak, saudara mara,jiran-jiran,rakan-rakan, orang bawahan dan orang atasan termasuklah bos.
Ayat ini semua orang. Mereka yang mengamalkan Ayatul Mahabbah akan dikasihi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga. Jika ia seorang majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya.
Doa ini juga dboleh diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah
Maksudnya:
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali Imran:Ayat 31)
Tambahan ayat-ayat mahabbah yang lain di dalam al-Quran ialah:
1. Surah al-Baqarah : 165
2. Al-Imran : 76
3. Al-Imran : 93
4. An-Nur :  23
5. Al-Qasas : 56
6. Al-Hujurat : 7
saya mengamalkan doa tersebut selepas solat 5 waktu dan  Alhamdullillah terasa diri ini sentiasa disayangi dan dikasihi oleh kawan-kawan, rakan sekerja, majikan dan ahli keluarga.semuanya adalah dengan izinNYA

back to top