Waktu Mustajab Agar Doa Dimakbulkan

No Comments


Kita seringkali berdoa selalunya selesai solat. Dengan harapan doa kita dimakbulkan. Tahukah kita bahawa ada waktu dan keadaan yang doa kita mustajab dan dimakbulkan?? Di sini saya berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya. Sebenarnya saya telah membaca buku ini hampir 6 bulan lepas. Baru hari ini saya teringat untuk berkongsi bahan tersebut. Yelah, saya hanya rakam melalui gambar ja hasil pembacaan ini. Berikut merupakan senarai waktu mustajab memohon doa.

# Waktu pagi sebelum terbit matahari iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.

# Setiap lepas solat fardu.

# Di antara zohor dan asar. Juga di antara asar dan maghrib.

# Waktu di antara azan dan iqamat.

# Ketika bangun tidur.

# Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir).

# Ketika hendak masuk dan keluar masjid.

# Pada masa takbir solat hari raya (sela masa di antara takbir semasa solat).

# Waktu di antara dua khutbah (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya).

# Waktu menziarahi makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah.

# Waktu melakukan urusan penting.

# Waktu membaca doa qunut pada solat Subuh.

# Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat).

# Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.

# Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah.

# Waktu hujan turun.

# Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.

# Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat al-Quran.

# Sewaktu sujud.


Kita seringkali berdoa dengan harapan doa kita dimakbulkan oleh Allah. Tapi adalah kita ketahui bahawa doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah apabila kita berada dalam keadaan seperti berikut:-

* Orang yang terdesak

* Orang yang dizalimi

* Anak yang diredhai oleh ibu bapanya.

* Ibu bapa yang disayangi oleh anak-anak.

* Orang yang suka bertaubat.

* Pemimpin yang adil.

* Orang yang berpuasa dan sepanjang tempohnyasebelum waktu berbuka.

* Orang yang bermusafir.

back to top