Kebanyakan suami suka buat tafsiran sendiri. Kata mereka, bila ejakulasi berlaku ketika seks, bermakna mereka berdua sudah mencapai tahap orgasma. Sebenarnya teori tu salah!
Orgasma berlaku apabila otot2 di bahagian punggung dan lain2 kawasan di bahagian tubuh mengecut secara tiba2. Dalam masa yang sama, ia melepaskan ketegangan seksual yang terkumpul diikuti dengan sensasi mental yang mengiringi perasaan tu.
Manakala ejakulasi adalah proses pemancutan air mani dan tak boleh dikelaskan bersama orgasma tadi. Bagi suami, ejakulasi sudah cukup memuaskan kehendak seksual tapi tidak bagi isteri.
Banyak proses yang perlu dialui untuk membuatkan isteri puas ketika berasmara dan setiap satunya adalah pengalaman yang berbeza. Banyak faktor yang mendorong ke arah kegagalan mengecapi nikmat persetubuhan di mana kebanyakan suami masih waswas samada isteri sudah orgasma atau tidak.
Sekiranya tanda2 di bawah berlaku kepada isteri, maka suami itu dah temui kunci rangsangan dalam hubungan asmara mereka...
- Keluar suara meneran yang agak kuat dan berlaku secara spontan.
- Badan menjadi tegang.
- Tubuh menjadi gementar.
- Nafas kencang dengan tiba2.
- Kaki dan tangan merangkul suami dengan erat.
- Di peringkat kemuncak, tubuh isteri akan kaku dan semacam tak sedarkan diri kerana 99 bahagian nafsunya sudah menguasai diri.
Pujian dan belaian amat didambakan kerana itulah fitrah wanita. Setelah selesai bersama, suami tidak patut meninggalkan isteri begitu sahaja. Sebaliknya, lakukanlah beberapa perkara berikut...
- Dakap isteri dengan mesra.
- Kucup dahinya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
- Sambil berbual, belai tubuhnya dengan penuh kasih sayang.
- Elakkan dari terus mengalihkan badan ke arah lain, sebaliknya kekalkan berbaring mengadap isteri.
- Gunakan tuala kecil untuk lap peluh di dahi isteri. Ia memberi makna si suami prihatin dan sayang padanya.
- Setelah keadaan beransur tenang, nasihati isteri mengenai perkara2 yang tidak enak di pandangan suami dengan cara yang paling baik.