Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun lamanya. Dalam mimpi-mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur sahaja. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar dan sangat wangi. Subhanallah takbir, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun lamanya.
Sugiyeem (bukan nama sebenar) telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya ibunya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.
Apa yang pelik mayatnya masih segar bugar cuma agak kering bahkan kain kafan yang membalutii jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat dan serata dunia. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit darah tinggi.
Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya yang tersayang. Penduduk setempat yang mengenali Sugiyeem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah hati dan penyabar.
Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami sendiri. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun isteri mesti menunaikan tanggunjawap namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami.
Seperti mana yang kita tahu Syurga isteri berada di bawah telapak kaki suami oleh itu suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas patut di ambil sebagai iktibar.