Cara Buat Air Penerang Hati

No Comments
penerang hati
Cara Buat Air Penerang Hati. Air penerang hati adalah salah satu ikhtiar agar anak-anak menjadi tenang dan tenteram apabila menjawab soalan peperiksaan. Ianya turut bermanfaat untuk anak-anak yang mengaji Al-Quran.
Cara membuat air penerang hati ini didpelajapati dari Allahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz) yang pernah tinggal di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Sesiapa yang membuat air penerang hati ini mohon sedekah Al-Fatihah buat Alahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz). Moga-moga ilmu yang ditinggalkannya membawa barakah buat kita semua
Cara-cara membuat air penerang hati
  1. Air masak, air mineral atau air hujan malam jumaat lagi baik ditadah.
  2. Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat isyak dan jika baiknya lakukan selepas solat hajat minta Allah SWT makbulkan dan minta anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan pelajaran dan sebagainya yang dihajati.
  3. Surah-surah yang dibaca.
    1. Shalawat Nabi -10 kali
    2. Al-Fatihah – 1 kali.
    3. Tiga Qul – 1 kali.
    4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) – 11 kali
    5. Bismillah Enam – 11 kali.
Baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam dan dihembuskan pada air tersebut. Minum pagi atau malam. Boleh mula minum air penerang hati diawal tahun. Jika baiknya bagi minum setiap hari kepada anak-anak kita mulai sekarang.
Bahan bantuan
Surah Al-Insyirah


Bismillah 6

back to top