Peristiwa tersebut ada diriwayatkan di dalam hadith seperti berikut:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صعِد المِنبَرَ فقال : ( آمينَآمينَ آمينَ ) قيل : يارسولَ اللهِ إنَّكَ حينَ صعِدْتَ المِنبَرَقُلْتَ : آمينَ آمينَ آمينَ قال : ( إنَّ جِبريلَأتاني فقال : مَنأدرَك شهرَ رمضانَ ولَمْ يُغفَرْ له فدخَل النَّارَ فأبعَده اللهُقُلْ :آمينَ فقُلْتُ : آمينَ ومَن أدرَك أبوَيْهِ أو أحَدَهما فلَمْيبَرَّهما فمات فدخَل النَّارَ فأبعَده اللهُ قُلْ : آمينَ فقُلْتُ :آمينَ ومَن ذُكِرْتَ عندَه فلَمْ يُصَلِّ عليكَ فمات فدخَل النَّارَفأبعَده اللهُ قُلْ : آمينَ فقُلْتُ : آمينَ
Bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam sedang menaiki minbar lalu Baginda berkata: “amin, amin, amin”.
Maka para Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau apabila sedang menaiki minbar engkau telah berkata “amin, amin, amin”.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu dia berkata: “Sesiapa yang sempat dengan bulan Ramadhan dan tidak diberikan keampunan kepadanya lalu dia masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA). Katakanlah “amin”. Lalu aku pun berkata “amin”. Dan sesiapa yang sempat hidup dengan ibubapa atau salah satu dari mereka berdua dan dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua lalu dia mati, lalu masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA). Katalah “amin”. Lalu aku pun berkata “amin”. Dan sesiapa yang mendengar namamu disebut di sisinya dan dia tidak bersolawat ke atasmu, lalu dia mati, lalu masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA).”
(Perawi hadith ini ialah Abu Hurairah radhiAllahu `anhu. Hadith ini ada di dalam Sahih Ibnu Hibban dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib)
Ada tiga perkara penting yang perlu diberikan perhatian dari hadith di atas, iaitu:
1) Kepentingan mendapat keampunan daripada ALLAH Subhanahu wa Ta`ala pada bulan Ramadhan.
Justeru, antara perkara utama yang wajar kita lakukan sepanjang Ramadhan ialah memohon keampunan daripada ALLAH sebanyak-banyaknya. Panjatkan harapan dan permintaan agar ALLAH ampunkan segala dosa kita samada yang diketahui atau pun yang kita tidak sedar. Bahkan dalam hadith ada disebut ganjaran pengampunan dosa bagi sesiapa yang beribadah sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan. Hal itu ada disebutkan di dalam tulisan yang lalu iaitu:
RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada ALLAH
‘Imaanan Wa Ihtisaaban’
2) Kepentingan berbuat baik kepada ibubapa.
Jika ibubapa kita masih hidup atau salah dari mereka masih hidup, maka berbuat baiklah dengan ibubapa atau ibu/bapa kita. Ia merupakan suatu lesen besar untuk kita dapat rahmat ALLAH lalu memasukkan kita ke dalam Syurga. Betapa rugilah bagi sesiapa yang mempunyai ibubapa atau salah seorang mereka tetapi mengabaikannya. Kerana perbuatan seperti itu akan membuatkan kita jauh dari rahmat ALLAH di dunia dan di akhirat. Tulisan berikut ada menyentuh perihal berbuat baik kepada ibubapa:
Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.
3) Kepentingan mengucapkan solawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam ketika mendengar nama Baginda disebut.
Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah insan terpilih menjadi Utusan ALLAH `Azza wa Jalla. Dengan sebab Bagindalah kita semua menemui hidayah dan taufiq ALLAH lalu menjadi muslim, alhamdulillah. Sewajarnya kita selalu bersolawat ke atas Baginda terutama ketika mendengar nama Nabi Muhammad disebut. Suruhan dan kelebihan bersolawat serta amaran bagi sesiapa yang tidak bersolawat ke atas Baginda ada disenaraikan di dalam tulisan-tulisan berikut:
Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW
Semoga dengan mengetahui hadith di atas, kita menjadi insaf lalu memuhasabah diri akan 3 perkara di atas, in shaa’ ALLAH. Kepada ALLAH lah kita pohon akan hidayah dan taufiq, amin…