Wow....Senarai 10 Syarikat Penerbangan Dengan Pramugari Paling Cantik

No Comments


Bidang tugas sebagai pramugari kapal terbang sudah tentu amat mencabar dan memenatkan, namun tidak dinafikan merupakan satu kerjaya yang penuh glamor.
Pramugari secara tidak langsung melambangkan imej syarikat penerbangan yang diwakili. Mengetahui pengaruh para air hostess ini terhadap penumpang, semakin banyak syarikat penerbangan yang mulai menitikberatkan penampilan pelayan pesawatnya dengan mengambil kira ketinggian, bentuk tubuh dan rupa mereka.
Dalam artikel ini, kami senaraikan sepuluh syarikat penerbangan antarabangsa dengan pramugari tercantik.
10. Virgin Atlantic
Capture21
Berbaju sendat rona merah menyala dan ikatan skaf sutera penuh bergaya, pramugari Virgin Atlantic sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat. Dengan kecantikan bak pelakon Hollywood, krew kabin Virgin Atlantic telah dinobatkan sebagai ‘Pramugari Paling Menarik’ dalam sebuah tinjauan yang dibuat sekitar tahun 2001.
Kecantikan dan personaliti ceria pramugari Virgin Atlantic juga melayakkan mereka diberi jolokan“Red Hotties”.
9. Thai Airways International
Capture22
Syarikat penerbangan rasmi negara Gajah Putih ini keberangkalian mempunyai krew kabin paling prihatin di dunia. Pramugari Thai Airways amat mengambil berat tentang penumpang bagi memastikan mereka dalam keadaan selesa sepanjang penerbangan.
Thair Airways telah memenangi beberapa anugerah sebagai penghargaan bagi layanan kelas pertama yang diberikan kepada penumpang. Bukan itu sahaja, malah pakaian seragam ungu mereka juga sering disebut-sebut sebagai antara uniform pramugari tercantik dalam dunia pernerbangan.
8. Lufthansa
Capture23

Syarikat penerbangan Jerman popular ini tersenarai atas sebab yang munasabah: oleh kerana pramugarinya datang daripada latar belakang dan etnik yang berbeza.
Krew kabin Lufthansa juga merupakan antara yang tercantik di dunia, di samping memberi layanan yang baik dan mesra kepada penumpangnya.
7. AirAsia
Capture24
Sudah terang lagi bersuluh, AirAsia sememangnya mempunyai pramugari paling memukau dalam dunia penerbangan kos rendah antarabangsa.
Pakaian seragam merah saga yang didondon pramugarinya pasti membuat anda tak jemu memandang. Gadis-gadis cantik ini biasanya dilihat mengorak langkah penuh elegan sambil menarik bagasi mereka; bersedia untuk menawan langit biru dengan kejelitaan dan kemesraan mereka.
6. Emirates
Capture25
Bersedialah untuk dilayan bak raja oleh para pramugari Emirates apabila anda menaiki pesawatnya. Tiada istilah diskriminasi dalam kamus syarikat penerbangan yang berpangkalan di Abu Dhabi, Dubai, ini: para krew kabin Emirates hadir daripada pelbagai bangsa, saiz dan rupa namun keanggunan mereka tetap terserlah..
5. Cathay Pacific
Capture26
Cathay Pacific dianggap sebagai salah sebuah syarikat penerbangan terbaik di rantau Asia oleh kerana servis cemerlang yang diberikan kepada penumpang, di samping telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa.
Seksi dan sofistikated dalam masa yang sama, Cathay Pacific wajar berbangga dengan pakej lengkap krew kabinnya. Syarikat ini juga menekankan kebolehan untuk memberi perkhidmatan kelas pertama sebagai ciri utama dalam bakal pramugarinya.
4. Kingfisher Airlines
Capture27
Kecantikan pramugari syarikat penerbangan nombor satu India ini persis bintang Bollywood dan pasti menerujakan sesiapa sahaja yang menaiki pesawatnya.
Walaupun kelihatan agak serupa dengan pakaian seragam Air Asia, namun pramugari Kingfisher Airlines masih menyerlah dengan gaya individual mereka.
3. Aeroflot Air
Capture28
Walaupun Rusia dan fesyen mungkin satu kombinasi yang jarang diberi perhatian, namun pramugari Aeroflot Airlines ini meninggalkan impresi yang besar kepada penumpangnya.
Dengan topi kemas dan ikatan skaf di leher yang anggun, pramugari Aeroflot telah dinamakan sebagai krew kabin paling bergaya menurut tinjauan yang dibuat oleh laman web Skyscanner.
2. Singapore Airlines
Capture29

Pramugari SIA bukan sahaja cantik, malah mudah mesra dengan penumpangnya. Menggayakan kebaya sarung dengan corak batik, krew kabin SIA mampu kelihatan glamor tanpa perlu usaha keras.
Kecantikan dan layanan istimewa yang diberikan oleh pramugari SIA ini telah diberi penghargaan oleh beberapa majalah pelancongan dunia, termasuklah jolokan ‘Servis Krew Kabin Terbaik Dunia’ olh majalah Business Traveller Asia-Pacific Awards selama 17 tahun berturut-turut.
1. Air France
Capture30
Meskipun tempat duduk kelas ekonominya kurang selesa, namun Air France berjaya menebus kesilapannya dengan menyediakan pramugari yang jelita.
Dengan busana mewah hasil sentuhan Christian Lacroix, pramugari syarikat penerbangan ini bisa membuatkan penumpangnya terpana dengan gaya elegan mereka.

back to top