Wanita Ini Menjaga Dua Orang Anak Cina Sejak Dari Umur Dua Tahun, Berbangsa Cina !!! Kenapa namanya Hassan dan Abu?

1 comment


"Emak, you have clearly proved that you are a true Malaysian. Tidak perlu emak pakai t-shirt merah dan sertai perhimpunan."

Semasa saya di sekolah menengah, emak mengambil upah sebagai pengasuh. Dua anak asuhan emak yang paling saya ingati ialah Hassan dan Abu.

Hassan dan Abu adalah dua anak lelaki berbangsa Cina yang emak jaga semenjak mereka berusia dua tahun.

Berbangsa Cina? Kenapa namanya Hassan dan Abu?

Mungkin kerana nama dalam bahasa Cina tidak mudah untuk emak ingati, nama Hassan dan Abu menjadi nama timangan emak berikan kepada mereka.

Paling menarik, nama tersebut melekat dan disenangi sehingga ahli keluarga Hassan dan Abu turut memanggil mereka dengan nama yang sama.

Emak menjaga dan menyayangi Hassan dan Abu seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus dan bermain sekali dengan adik-adik saya yang masih kecil.

Kami sembilan beradik tidak langsung berasa janggal dengan kehadiran Hassan dan Abu di rumah. Kami diajar untuk mengasihi mereka walaupun jelas berbeza bangsa dan agama. Emak mengajar kami untuk menerima Hassan dan Abu sebagai ahli keluarga.

Hassan dan Abu amat manja dan menyayangi emak. Sehinggakan ada hari-hari (berlaku lebih dari sekali) di mana mereka mahu bermalam di rumah kami kerana berasa begitu senang dan seronok, tidak mahu balik walaupun ayah dan ibunya sudah menunggu lama di laman rumah.


Emak terpaksa beritahu ayah dan ibu mereka, "Sori... Hassan dan Abu tidak mahu balik".

Ayah dan ibu mereka okay sahaja, mereka tidak risau akan keselamatan Hassan dan Abu. Cuma mereka risau Hassan dan Abu menyusahkan emak.

Apabila emak yakinkan mereka bahawa emak tidak berasa susah walau sedikit pun, mereka balik dengan hati yang lapang. Esok mereka akan datang mencuba untuk memujuk Hassan dan Abu untuk balik. Kadang-kadang berjaya dipujuk, kadang-kadang tidak.

Pernah juga Hassan dan Abu berbuka puasa bersama kami sekeluarga, bermalam di rumah kami di malam raya, bermain bunga api dan sama-sama teruja menunggu kedatangan hari raya pada esok harinya.

Hassan dan Abu panggil emak dengan panggilan 'emak', panggil ayah saya dengan panggilan 'ayah' dan nenek saya dengan panggilan 'nenek'. Mereka tidak dibezakan.

Melalui pengalaman bersama Hassan dan Abu, saya belajar daripada emak untuk melayan semua orang dengan cara terbaik. Tidak perbezaan kelas. Tiada diskriminasi.

Gambar: Emak, Hassan (kanan) dan Abu (kiri).

Kisah ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook, Mary Anni yang mengisahkan pengalaman ibunya menjaga dua orang anak lelaki Cina sejak dari umur dua tahun. Semoga memberi pengajaran buat kita semua. 

1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini ANDA juga BOLEH Buat Duit dengan TRAFIK PERCUMA dari Facebook!

Nak tahu bagaimana???

KLIK SINI ===> Rahsia Trafik Facebook!

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top