[ UPDATE ]HAJAT Mak Untuk MENINGGAL DUNIA Di Sana DIMAKBULKAN. LUAHAN HATI ANAK YANG MENYENTUH HATI KITA

No Comments


SUNGKAI Mak dari mula memang berniat untuk meninggal dunia di sana, walaupun sedih, kami reda, kata anak ketiga Allahyarham

Rusiah Suar, 56, yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram, Jumaat lepas.

Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata, sejak awal, ibunya beberapa kali menyebut mengenai kematian di tanah suci itu, namun dianggap gurauan oleh ahli keluarga.

Ketika menghantarnya berlepas, Selasa lalu, dia nampak ceria dan gembira, Tuhan dah tentukan jalannya begitu, impian besar dia untuk meninggal dunia di sana, dimakbu

lkan, katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Gunung Besout 2, di sini, hari ini.
Hariyanti berkata, mereka dimaklumkan akan berita kematian itu kira-kira jam 7.45 petang tadi oleh pengurusan Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji memberi jaminan untuk menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.
Kami memberi sepenuh kepercayaan kepada Tabung Haji atas urusan itu, setakat ini, tiada maklumat punca kematian, namun mereka jumpa arwah di hospital, katanya.

Beliau berkata, ketika insiden runtuhan itu berlaku, Allahyarham sedang melakukan ibadah saei bersama lima rakan lain.

Rakan ibu maklumkan, dia rebah ketika kejadian, mereka cuba membantu, namun dihalang.
Ketika itulah, mereka terputus hubungan dan kelibat ibu gagal dikesan, katanya.

Hariyanti Ahmad Badri, 31, anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56, sedang membacakan Yassin ketika ditemui di kediaman keluarganya di Felda Gunung Besout 2, Sungkai.




Jawatankuasa masjid dimaklumkan telah melakukan solat jenazah ghaib sebaik pengumuman mengenai kematian Allahyarham dibuat, malam tadi.

back to top