TERBARU!! Pendedahan BERANI MATI Bekas Ketua Polis Negara Kes Pembunuhan Altantuya !! huh.

1 comment
Kuala Lumpur – Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda.

Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau.

“Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat. Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda. Beliau kemudian meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri.

“Saya kemudian berjumpa (dengan Najib) dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda, beliau kata pada saya, buat kerja kamu,” kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi hanya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran dalam kes Altantuya.

Menurutnya siasatan polis berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu mendapati tiada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Musa dalam masa yang sama turut kesal dengan pelbagai pertuduhan palsu yang dibuat, seperti penyebaran foto palsu menunjukkan Najib dan Altantuya bersama, dan ia katanya sengaja disensasikan.

Beliau berkata, ramai saksi yang dimabil keterangan berhubung kes itu termasuk penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala), yang ditugaskan sebagai penyiasat persendirian oleh bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang turut dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya.

Mengulas mengenai laporan Al Jazeera berkenaan kes pembunuhan itu, Musa berkata, terdapat cubaan untuk mengaitkan kes pembunuhan itu dengan seseorang.

“Dokumentari itu pada mulanya betul, tetapi ia menjadi tidak tepat pada babak akhirnya. Jadi, saya menggesa sesiapa yang mempunyai bukti untuk tampil membuat laporan polis, daripada mereka cerita,” katanya lagi.

Turut hadir pada sidang media itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao.

Pada sidang media itu, Musa turut menceritakan turutan peristiwa bermula daripada laporan kehilangan orang dibuat ketika Altantuya hilang.

Malah katanya, dokumentari oleh Al Jazeera yang turut dimuat naik di laman Youtube, adalah satu cara untuk orang ramai untuk mempertikaikan kredibiliti pemimpin negara didakwa terlibat.

“Sesiapa yang rasa difitnah boleh failkan saman ke atas Al Jazeera,” katanya.


Laporan khas media itu mendakwa, Sirul Azhar Umar, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman menjadi pelarian, kerana dikehendaki di atas dakwaan membunuh Altantuya dan didakwa cuba memeras ugut Najib, Musa berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu.

1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top