PANAS WEI!! : PEGAWAI PTPTN "KURANG AJAR" HINA PEMINJAM DENGAN KATA-KATA YANG BUAT HATI PANAS

1 comment
Pada hari ini Rabu (2 September 2015) saya telah ke PTPTN Cawangan Rawang, Rawang One. Tujuan saya adalah untuk tukar pinjaman 3% ke Ujrah.
'Pegawai' yang menyelia saya tiada sebarang pengenalan diri, berbaju kurung dan bertudung hijau. Layanan yang diberi adalah sangat biadap!!! Tidak berprofesional langsung! Beliau meninggikan suara "You ada tunggakan RM 600 lagi tau, bila dah jelaskan baru boleh tukar ke Ujrah!". Bila saya tanya kenapa saya ada tunggakan kerana saya dah mula bayar sejak gaji masuk, pegawai berkenaan tinggikan suara. Apabila saya suruh beliau untuk belajar hormati pelanggan, beliau membentak "Eh, cara I cakap pun macam ini lah! Hari tu pun ada customer tinggikan suara, I macam ni jugak!".


Sungguh tidak profesional, saya menyatakan tidak puas hati dengan layanan kelas bawahan yang diberi kepada saya. Saya meminta nama pegawai berkenaan beberapa kali dengan cara yang baik, mamun beliau enggan bekerja sama malah berkata " Tak boleh bagi, nak buat apa dengan nama saya? Buat apa nak komplen-komplen?". Saya tiada cara lain melainkan mengambil gambar beliau dan rakan sebelahnya yang turut bersama.


Pihak PTPTN, tolong pantau sikit pegawai-pegawai anda. Saya melunaskan bayaran PTPTN sejak terima gaji, bukan seperti segelintir yang berjoli sakan menggunakan duit PTPTN dan hilang begitu sahaja.
Saya kesal, malu dan rasa terhina dengan layanan yang dilemparkan pada saya dihadapan orang ramai. Pegawai berkenaan jauh lebih muda dari saya tetapi berperangai BIADAP!!! PIHAK PTPTN SILA AMBIL TINDAKAN. Saya telah mengemukakan aduan saya di laman rasmi PTPTN. Boleh rujuk CCTV di bilik berkenaan.

1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top