Ben dan Ali Nunery berkahwin pada tahun 2009. Sama seperti pasangan lain yang baru berkahwin, mereka mengabadikan gambar perkahwinan di rumah baru mereka. Sayangnya, Ali meninggal dunia pada tahun 2011 akibat barah paru-paru, Jadi tinggalah Ben dan anak kecil mereka Olivia.
2 tahun kemudian Ben mengambil keputusan untik menjual rumah tersebut dan berpindah ke tempat lain. Tapi, sebelum mereka keluar Ben dan Olivia ingin mengambil gambar sama seperti gambar perkahwinannya sebagai kenangan.
“Saya mahu tunjukkan kepada orang di luar sana melalui gambar-gambar ini walaupun saya telah kehilangan isteri, ini bukanlah keseluruhan cerita – ini juga merupakan kisah cinta, sakit dan kehilangan.” Kata Ben.
Gambar-gambar ini akan mengingatkan Olivia rumah di mana hidupnya bermula. Ben mahukan anaknya selalu ingat tempat permulaan hidupnya dan rumah pertama keluarganya tinggal bersama.