INILAH FITNAH BARAT TERHADAP NEGARA ISLAM "ARAB SAUDI" YANG RAMAI UMAT ISLAM KELIRU.

No Comments
Masyarakat dunia khususnya barat selalu bersikap tidak adil terhadap negara-negara Islam, bahkan kaum Muslimin juga turut termakan fitnah jahat mereka.
Alhamdulillah, saya akan terus bersikap adil dengan negara-negara umat Islam. Saya mengingatkan kepada pembaca-pembaca sekalian supaya jangan terus membuat kesimpulan atau menghukum sesuatu itu tanpa melakukan kajian yang sangat terperinci, apatah lagi ianya berkaitan dengan umat Islam dan negara Islam itu sendiri!Jangan lekas share, atau bersetuju dengan sumber-sumber yang datangnya daripada media-media barat yang sememangnya anti Islam! Jangan dek kerana sikap kita yang tergopoh itu, memakan diri sendiri!

Negara-negara Arab yang sangat kaya raya seperti Arab Saudi dikatakan langsung tidak memberi bantuan kepada pelarian-pelarian Syria, walhal mereka terlebih dahulu melakukannya. Kebencian media barat terhadap negara Islam seperti Saudi ini tidak akan mereda disebabkan hukum-hukum Islam yang diterapkan di negara mereka.

Kaum Muslimin pula sering dimomokkan dengan fahaman Wahabi kononnya mereka ini berbahaya dan tidak mencintai umat Islam. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh negara Arab Saudi akan dinafikan habis habisan bahkan terus menerus bersangka buruk dengan mereka. Berlakulah adil terhadap mana-mana pihak sekalipun kita tidak bersetuju atau menyukai mereka. Janganlah secara tidak sedar kita yang Muslim ini membantu kejayaan barat untuk terus menerus membusukkan negara-negara Islam.

Tahukah anda yang kerajaan Arab Saudi ini telah pun membuka pintunya bagi 1 juta pelarian Syria tetapi tiada apa yang disebutkan sebagai ‘kem pelarian’ kerena kerajaan Arab Saudi memberikan mereka rumah serta memberi mereka kebenaran untuk tinggal dan bekerja di Arab Saudi. Manakalah anak-anak kecil Syria diberikan tempat di sekolah-sekolah dan Universiti.

Kerajaan Arab Saudi juga pernah membantu lebih dari 500,000 umat Islam Yaman dan memberikan mereka dokuman-dokuman yang boleh membenarkan mereka untuk tinggal dan bekerja di Arab Saudi tanpa sebarang isu.

Jangan terkejut yang kerajaan Arab Saudi telah lama menerima pelarian Burma dengan membekalkan mereka rumah, kerja tanpa sebarang syarat!

Turki, Jordan dan Lubnan dikatakan banyak membantu pelarian-pelarian umat Islam, memang benar, tetapi jangan dilupakan bahawa kem-kem mereka itu sebenarnya dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi itu sendiri.

Sebenarnya, masih banyak lagi jasa-jasa negara yang dikatakan hina dan celaka Arab Saudi ini terhadap dunia Islam, tetapi media tidak pernah akan mendedahkannya. Kita yang muslim ini pula terus meneruslah bersikap adil dalam menghukum, jangan hanya kerana mereka ini dituduh sebagai Wahabi, habis segala kebaikan mereka itu dicalit dengan keburukan!

Saya akan kongsikan lebih banyak gambar, di komen. Saya mohon agar pembaca-pembaca budiman SHARE kan berita ini supaya umat Islam yang bertutur di dalam Bahasa Melayu khususnya mendapat tahu cerita sebenar!

back to top