Istana terbaru ini adalah milik Sultan Mizan yang diberi nama Istana Syarqiyyah dan terletak di Chendering, Terengganu. Jurugambar terkenal, Von Wong diberi penghormatan untuk merakamkan keindahan seni bina istana ini yang menggabungkan konsep rekaan melayu tradisional dan kemewahan kontemporari moden.
Nama “Syarqiyyah” itu sendiri membawa maksud “Jewel Of The East”. Mesti anda tertanya-tanya siapa yang bertanggungjawab untuk mereka Istana ni kan? Arkitek Bill Bansley yang menetap di Bangkok telah diberi kepercayaan untuk mereka cipta keindahan istana ini. Bagi menampakkan kelainan dalam keindahan istana ini, ianya juga turut di hiasi dengan 5000 keping lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
Istana Syarqiyyah ini mengambil masa sehingga 15 tahun untuk di siapkan dan pastinya istana ini mungkin adalah ciptaan seni bina paling cantik dan indah yang terdapat di Malaysia. Saksikan gambar keindahan seni bina Istana Sharqiyyah ini yang mempunyai sehingga 100 bilik dengan 14 pintu gangsa yang dirakamkan oleh Von Wong
.