Farhah Taharin, Penipu Laman Bilik Sewa I-Bilik Kini Dicari

No Comments
Seorang wanita bernama Farhah Taharin giat menggunakan portal bilik sewa http://www.ibilik.myuntuk menipu orang ramai. Modus operandi wanita ini ialah mengiklankan bilik yang lengkap dengan perabot, selesa dan dengan pelbagai kemudahan pada harga yang agak murah untuk memancing penyewa.


850635455_25249_15485723365964863246
Farhah Taharin

Dia kemudiannya akan memberikan pelbagai alasan supaya mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun bank miliknya. Kemudian, dia menghilangkan diri dan akan menyekat panggilan dari mangsa.

Farhah dipercayai melakukan kerja menipu dengan pasangannya yang dikatakan sebagai suaminya. Status sebenar tidak diketahui. Alamat Farhah yang diketahui ialah 641, Felda Sg Koyan 3, Raub, Pahang. Farhah juga dipercayai berada di Pahang mengiklankan bilik-bilik sewa di negeri lain.

Farhah membuat iklan kononnya ingin menyewakan bilik di pelbagai lokasi seperti Apartment Mawar dan Melur di Sentul, Vista Angkasa di Pantai Dalam, Alpha Villa berdekatan LRT Wangsa Maju, Pulau Pinang dan banyak lagi.

10421250_994987370520081_7643040359935403023_n11130271_994987413853410_8320744493163994082_n

Farhah dikatakan seorang yang bertutur dengan yakin dan tenang menyebabkan mangsanya mudah mempercayainya.

Pasangan Farhah juga akan cuba menjual alatan seks serta promosi alatan seks percuma kepada mangsa. Salah seorang mangsa mengatakan pasangan Farhah cuba meminta gambar payudara mangsa untuk tujuan yang tidak diketahui menggunakan akaun Whatsapp Farhah. Lelaki ini dipercayai menggunakan pelbagai nama, antaranya Mr. Joe dan Amin.

Terdapat sekurang-kurangnya 15 orang mengaku telah ditipu oleh Farhah dan mereka juga telah membuat beberapa laporan polis. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Farhah boleh menghubungi Inspektor Yugesh di 016-6699788.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

  
1
2
3

back to top