Bekas Pengawal Dedah Sikap Peribadi Sebenar Michael Jackson

No Comments


Di saat ahli sukan terkemuka dunia, OJ Simpson dituduh membunuh isterinya, Jackson membuka pintu rumahnya untuk Simpson berlindung dari perhatian media.

Semalam (25 Jun 2015) genap enam tahun pemergian Raja Pop, Michael Jackson.

Legenda muzik itu menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun 2009 di kediamannya di Los Angeles. Hasil bedah siasat yang dijalankan selepas itu mendedahkan Jackson meninggal akibat serangan jantung yang diakibatkan oleh penggunaan dadah berlebihan jenis Propofol dan Benzodiazepine.

Berkongsi info dari portal AstroAwani, sempena memperingati ulangtahun pemergiannya, disenaraikan beberapa fakta tentang Jackson yang dipetik dari buku Remember The Time: Protecting Michael Jackson In His Final Days, yang didedahkan oleh Bill Whitfield dan Javon Beard. Whitfield dan Beard merupakan antara pengawal peribadi Jackson.


1. Dua kekasih gelap

Kedua-duanya tinggal di luar negara dan kewujudan mereka langsung tidak diketahui keluarga dan peminat, apatah lagi media.

2. Paranoid

Jackson punya tahap kebimbangan yang melampau berkenaan kemungkinan kehidupan peribadinya ‘dihendap’ orang awam. Justeru dia akan memastikan setiap bilik dan bangunan yang dimasuki tidak memiliki sebarang kamera tersembunyi.

3. Terpinggir dari keluarga sendiri

Kecuali ibunya, ahli keluarganya yang paling perlu membuat temujanji jika ingin menemuinya.

4. Ulat buku

Kesukaran untuk keluar dari rumah membuatkan Jackson ‘terjebak’ dengan hobi membaca buku. Mendiang pernah menghabiskan US$5,000 (RM18,807.83) dalam satu masa untuk membeli buku.

5. Minat muzik klasik

Terkenal kerana muzik ‘pop dance’, mungkin ramai yang tidak tahu mendiang adalah peminat setia muzik klasik. Muzik daripada Bach, Beethoven, Tchaikovsky antara yang kerap dimainkan di rumah dan di dalam keretanya.

6. Sahabat paling setia

Di saat ahli sukan terkemuka dunia, OJ Simpson dituduh membunuh isterinya, Jackson membuka pintu rumahnya untuk Simpson untuk berlindung dari perhatian media.

7. Nama berbentuk kod

Bukan sahaja memakaikan topeng kepada anak-anaknya ketika keluar rumah, Jackson juga punya kod nama untuk anak-anaknya di luar rumah. Mendiang tidak akan memanggil anaknya dengan nama sebenar di luar rumah.

back to top