BAHAYA SYAITAN NAMPAK DAN SYAITAN GHAIB !!!! Pengaruhnya Sedang Berleluasa Zaman Ini...Memang DAHSYAT

No Comments
"Dan Demikianlah Kami Jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikan kepada sebahagian yang lain perkatan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)... “
 
Sejak diisytiharkan sebagai sesat dan kafir oleh Allah SWT, Iblis laknatullah terus melancarkan serangannya kepa­da manusia. Tujuannya, agar di akhir kelak, mengeringi mereka ke neraka Sair. Untuk itu, syaitan merayu, memujuk dan menggoda manusia dari segenap penjuru. (AI-Araaf; 7:17).
 
Bagi tujuan tersebut, seluruh bala tentera syaitan dikerahkan, baik yang ti­dak nampak seperti golongan jin, ma­hu pun syaitan dari golongan manusia. Masing-masing memiliki peranan yang strategi untuk menyesatkan manusia. Mana yang lebih berbahaya kepada ma­nusia? Bergantung dari sudut mana kita menimbangnya. Yang penting, kita mengetahui sisi bahaya masing-masing dan bagaimana mengatasinya.
 
Bahaya Syaitan tidak Nampak
 
Tidak mudah melawan musuh yang tidak kelihatan, apatah lagi keha­dirannya tidak disedari oleh kita. Ada sesetengahnya yang menyedari bahawa di saat bersendirian, ada hiruk-pikuk syai­tan yang membisikkan, mencari ruang untuk menjerumuskan kelembah do­sa. Oleh kerana itu, syaitan aktif mel­ancarkan serangan demi serangan ke dalam hati manusia. Bagi manusia yang `diserang' (yang tidak mengerti keadaan ini) biarpun kalah teruk, masih tidak me­nyedarinya.
 
Oleh itu, Allah mengajarkan kepada kita cara yang berbeza dalam menghada­pi syaitan, jin dan syaitan manusia.
 
`Jadilah engkau pemaaf dan su­ruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlin­dunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" (AI-Araaf, 7:199-200).
 
Ibnu Katsir mentafsirkan ayat tersebut dan berserta contohnya, bahawa Allah memerintahkan untuk bersikap baik kepada musuh yang berwujud ma­nusia. Tujuannya, untuk mengubah ta­biat mereka yang benci kepada cinta. Akan tetapi untuk menghadapi syaitan dari golongan jin, Allah memerintahkan membaca ta'awudz.
 
Sebabnya, perlakuan baik tidak akan mengubah perwatakan syaitan yang ti­dak memiliki selain membinasakan anak cucu Adam kerana syaitan tidak mung­kin menaruh belas kasihan kepada kita. Makanya, mereka tidak akan bersimpa­ti dengan sikap baik kita meskipun kita menuruti keinginannya.
 
justeru, tidak ada jalan damai bagi syaitan baik di awal mahu pun di akhirnya. Tidak ada tahap berlemah lembut atau me­narik simpati untuk menghadapinya. Ber­beza dengan syaitan manusia, ada tahap berbicara dengan lemah lembut, berdebat dengan cara yang baik, hingga memerangi mereka dengan senjata.
 
Bentuk permusuhan, serangan yang dilakukan oleh syaitan terhadap manu­sia ada pelbagai. Dari bisikan, rayuan atau lintasan fikiran yang menampak­kan keelokan perbuatan dosa, mengha­lang manusia dari ketaatan, menggam­barkannya sebagai beban berat sehingga mengganggu secara fizikal dan mental.
 
Tidak hanya di siang hari, ketika manusia tidur, syaitan terus menggoda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Na­bi Muhammad s.a.w; "Syaitan mengikat­kan tali ke tengkuk manusia dengan tiga ikatan ketika tidur, dia mengencangkan talinya setiap kali mengikat seraya berka­ta, "malammu masih panjang, maka ti­durlah". (Riwayat Bukhari dengan Syarah Fathul Baari).
 
Tujuannya, agar manusia terus ter­tidur sehingga mengabaikan solat dan berzikir kepada Allah. Di dalam Shahi­hain disebutkan, ketika diceritakan ke­pada Rasulullah tentang seseorang yang tidur sehari suntuk hingga subuh, ma­ka nabi bersabda; "Itulah orang yang teli­nganya atau sebelah telinganya di kenc­ing oleh syaitan".
 
Mimpi buruk juga merupakan ben­tuk gangguan syaitan untuk menakut­ nakutkan manusia, sebagaimana na­bi menyebutkan salah satu jenis mimpi sebagai 'takwif minasy syaitan', syaitan yang menakut-nakutkan. jika kita me­ngalami kejadian ini, nabi menganjur­kan kita membaca ta'awudz dan tanaf fut (meludah kecil) ke kiri tiga kali. Selain itu kita juga boleh membaca surah-surah Mu'awwizat sebelum tidur seperti surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.
 
Bahaya Syaitan yang Boleh Nampak
 
Jika syaitan segera lari ketika ki­ta membaca ta'awudz atau lari bertem­piaran ketika mendengar azan, tidak sedemikian halnya dengan syaitan ber­topengkan manusia. Dari sisi ini, syaitan yang bertopengkan manusia lebih berba­haya. Seperti yang diungkapkan oleh ula­ma tabiin, Malik bin Dinar, "Syaitan ber­topengkan manusia lebih berat bagiku daripada syaitan daripada golongan jin, kerana syaitan dari golongan jin akan lari apabila aku membaca ta'awudz kepada Allah. Adapun syaitan bertopengkan ma­nusia, di pelupuk mata dia mendatangi aku dan menarik aku kepada maksiat".
 
Dari sisi zahirnya, syaitan berto­pengkan manusia memang tidak mem­beri kesan (kesakitan) walaupun di baca ta'awudz mahu pun azan. Perlindungan Allah terhadap syaitan dari golongan manusia ini memiliki bentuk yang lain, yang asasnya menyelamatkan kita dari tipu daya syaitan bergelar manusia.
 
Syaitan jenis ini juga kadang-­kadang mempunyai komunikasi yang baik, penampilan menarik dan berke­terampilan. Seperti ketika syaitan meng­goda Adam dengan rayuannya;"Kemu­dian syaitan membisikkan buah fikiran yang jahat kepadanya, dengan berkata, "Hai Adam, mahukah aku tunjukkan ke­pada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa? (Thaha;20: 120).
 
Ibnu Qayyim berkata tentang ayat ini, "Para pengikut syaitan (dari golon­gan manusia) mewarisi cara syaitan ini, yakni dengan memberikan nama sesuatu yang haram dengan nama yang disukai oleh n@fsu, seperti menamakan khamr dengan puncak kelazatan.
 
 
Seperti hari ini, Mereka menamakan pameran Aurat sebagai Seni, $3k$ bebas sebagai budaya moden dan tarian erotis sebagai kebe­basan bersosial.
 
Syaitan juga menamakan ketaatan dengan nama yang menyeramkan. Se­tiap kali Nabi Muhammad diutus, ma­ka ada syaitan bergelar manusia dengan menggelarnya dengan gelaran yang bu­ruk, seperti tuduhan sesat, bodoh, gila atau digelar tukang sihir.
 
Persekongkolan antara Syaitan dan Manusia
 
Serangan akan bertambah dahsyat ketika syaitan dan syaitan bergelar ma­nusia bersekongkol untuk menebar do­sa. Pelbagai cara, idea digunakan untuk menarik manusia membuat kemungkaran. Dari mana mereka mendapat idea dan inspirasi ini?
 
Hal tersebut terjawab denga firman Allah dalam surah (Al-Arf am: 6:112). Ibnu Qayyim dalam BadaTul Fawa'id (11/266) mentafsirkan ayat ini, "Syaitan mewahyukan kebatilan kepada manu­sia, begitu juga syaitan manusia mewa­hyukan kebatilan kepada mainusia, yang lain, sehingga antara syaitan dan syaitan manusia saling bekerjasama untuk menyamnpaikan kemahuan 'syaitani'.
 
Untuk mengelakkan serangan, ini hendaklah rajin mencari ilmu agama, peka terhadap maksiat serta berusaha ke jalan syariat.

back to top