Angka Korban kini Meningkat Kepada 107 Orang Berikutan Tragedi Krane Tumbang di MasjidilHaram.

No Comments

UPDATE TERKINI : TRAGEDI KRANE TUMBANG DI MASJIDIL HARAM

Lewat semalam umat Islam dikejutkan dengan berita sedih dari tanah haram, Makkah, apabila sebuah kren pembinaan tumbang dalam kejadian ribut di sana.

Sekurang-kurangnya 87 jemaah haji dilaporkan maut, manakala lebih 184 yang cedera apabila sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut di Masjidil Haram, menurut laporan menteri pertahanan Arab Saudi.

Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar. Tiba-tiba kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidilharam tumbang lalu menimpa bahagian tawaf di Tingkat 2 masjid berkenaan. 

Sumber tempatan berkata, angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang. Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan kejadian itu dalam Twitter, namun tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai mangsa yang maut dan kerakyatan.

Sementara itu, enam jemaah haji dari Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Lima daripadanya cedera ringan dan seorang jemaah patah kaki. Semua jemaah sudah dikenalpasti dan sudah menerima rawatan oleh pasukan perubatan kita. Kenyataan rasmi akan di keluarkan oleh Tabung Haji dari semasa ke semasa.




Saksi kejadian mendakwa cuaca sedemikian adalah yang terburuk dalam sejarah Arab Saudi.

Umat Islam menunaikan ibadat haji tahunan yang bakal berakhir hujung bulan ini, dan pihak berkuasa Arab Saudi berusaha melakukan pelbagai persediaan bagi menerima jutaan jemaah dari seluruh dunia.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan haji atas sebab-sebab keselamatan berikutan kerja pembinaan untuk membesarkan Masjidil Haram. Lebih dua juta jemaah menunaikan haji pada tahun sama.




UPDATE TERKINI: Pagi ini dilaporkan angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah terus meningkat kepada 107 manakala 238 cedera.

























back to top