Tiada Sebarang Hubungan Istimewa Antara Kami – Ummi Nazeera

1 comment
Mengakui pernah keluar makan bersama Zizan Razak, nama Ummi Nazeera cukup hangat sejak minggu lepas selepas dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelawak tesebut.
Tidak mahu terus di gosipkan seperti itu, Ummi memberitahu hubungannya bersama Zizan tidak lebih daripada seorang kawan.
Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Bagi saya, yang diperkatakan oleh orang itu sebagai satu andaian yang tidak menjelaskan apa-apa. Terus terang saya katakan antara saya dan Zizan hanya sekadar kawan industri dan tak lebih daripda itu.
Tiada sebarang hubungan istimewa antara kami seperti yang diperkatakan sebelum ini. Saya anggap ini benda biasa yang perlu diharungi. Tapi tak perlulah memperbesarkan-besarkan cerita ini lagi.
Buat Ummi, beliau hanya ingin fokus pada kerjayanya dan enggan lagi melayan cerita-cerita sebegini dan berharap tiada pihak yang memperbesarkan hal berkenaan.
Setiap kali ada wanita yang nampak rapat dengan Zizan Razak pasti ada pihak yang mengandaikan beliau sedang bercinta dengan mereka. Iyalah, sebab peminat mula bosan menunggu berita bila sebenarnya Zizan akan berkahwin.

1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top