SUBHANALLAH!! Bencana dahsyat di Malaysia sudah tercatat dalam Wang Kertas?

2 comments

Spekulasi bencana di Malaysia mula disebarkan di media sosial berdasarkan gambar-gambar mercu tanda Malaysia yang terdapat dalam wang kertas RM1, RM10 dan RM50.

"Mercu tanda kebanggaan Malaysia yang tercatat dalam wang kertas telah ditarik satu demi satu. Sedarlah, Allah menegur kita semua wahai pemimpin dan semua rakyat Malaysia," Ibnu Yusoff.

Apa yang ingin disampaikan individu berkenaan ialah kaitan bencana yang berlaku pada Malaysia seolah-olah sudah dirancang.

Gambar pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada not RM10 dikaitkan dengan tragedi yang menimpa MH17 yang meletup ditembak dan MH370 yang hilang entah kemana masih menjadi misteri dunia.

Begitu juga dengan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini menyebabkan belasan mangsa menjadi korban juga didakwa sudah tertulis di not RM1.

Kemudian, dengan laporan kehilangan sebuah kapal tangki minyak yang membawa minyak RON95 baru-baru ini juga telah dinyatakan dalam not RM10.

Manakala not RM50 yang menunjukkan gambar pelantar minyak memberikan maksud kenaikan harga minyak. Gambar pokok sawit di bahagian belakang not RM50 itu pula mengambarkan kejatuhan saham Felda Global Ventures (FGV).

Namun, percubaan individu berkenaan mengaitkan perkara-perkara yang terjadi di Malaysia dengan gambar-gambar tertera pada wang kertas itu menjadi bahan ketawa netizen.

"Selepas ini apa pula? Wau bulan? Dan adakah ini semua sumpahan terhadap Ringgit Malaysia?" kata mereka disusuli dengan gelak ketawa.

2 comments

ini secara kebetulan..bangang punye manusia...inu ketentuan illahi...ada pula dikaitkan dengan mata wang...bodoh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top