“Aku takda musuh pun...” – Luahan menyayat hati pasangan disimbah Asid tanpa sebab

1 comment

Sedih kami bila melihat keadaan pasangan ini yang disimbah asid bersama pasangannya tempoh hari, tiada sebarang musuh mahupun kawan masih ada pihak yang sanggup melakukan perkara kejam sedemikian rupa.

Sabarlah, mungkin ini adalah dugaan yang dihadapi pasangan dan kami mendoakan agar mereka cepat sembuh. Harap pihak yang tidak bertanggungjawab itu mendapat balasan setimpal.

Aku takda musuh pun bergaul dengan kekawan pun tak. Aku duduk rumah je pun


Kena simbah asid. Sabar k sayang mungkin ada hikmahnya. Orang yang dengki busuk hati dengan kita ni lambat laun kita dapat tahu jugak dan dia harus dihukum setimpal dengan kesakitan yang kita rasa. Aku takda musuh pun bergaul dengan kekawan pun tak. Aku duduk rumah je pun. Sekarang da jadi kes polis aku serahkan kepada pihak polis dan terima kasih tuhan kerana bagi aku bernafas lagi di muka bumi. Aku redho dengan semua yang terjadi. Kepada sesiapa yang nak melawat kami datang ke HKL wad kebakaran tingkat 2 bangunan pertama jam 12.30- 2pm 4.30-7pm.

Tabahkan hatiku untuk tempuhi segala ujianmu


Selamat pagi kekawan. Yaallah tabahkan hatiku untuk tempuhi segala ujianmu. Kejap lagi aku kena operate doa yang terbaik ok.

Yaallah kau saja tahu betapa sakitnya kami alami tolong ringankan beban kami


Salam kekawan harini da masuk 5hari aku dekat HKL. Aku takut aku sakit aku sedih tengok diri aku sekarang. Semua orang cakap muka aku lain. Setiap hari aku menatap depan cermin mesti aku mengalir airmata hanya tuhan saja yang tahu apa aku rasa. Aku taku hari selasa ni aku kena operate muka sedangkan operate tangan pun aku sakit apatah lagi bahagian muka. Kenapa takda cara lain untuk sembuh ? Aku takut. Aku cakap dengan mak aku nak balik, nak muka aku mak aku cakap bersabar dan dia menagis. Yaallah kau saja tahu betapa sakitnya kami alami tolong ringankan beban kami. Amin Hi bie walaumacam mana pun saya tetap sebelah awak???? P/S kepada sesiapa yang nak melawat kami waktu melawat 12.30-2pm 4.30-7mlm bangunan utama wad kebakaran. TQ

1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top