3 Jenis Zina Yang Membuka Pintu Maksiat

No Comments


3 Jenis Zina Yang Membuka Pintu Maksiat


Dalam kehidupan kita sehari-hari, tanpa kita sedari kita telah melakukan maksiat dari pelbagai bentuk dan sudut. Sedarkah kita? Kita bersolat, tapi kita ringan mulut mengumpat orang. Bagaimana dengan amalan sedemikian andai mulut, lidah, tangan kita tidak menjaganya…
Jenis-jenis pintu kemaksiatan :
Zina Mata (Lahadhat)
Lahadhat adalah pandangan kepada hal-hal yang menuju kemaksiatan. Bukan sekadar memandang tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan adalah pemimpin sekaligus menjadi pintu awal kepada nafsyu syahwat. Menjaga pandangan bererti menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak menjaga pandangannya, maka dia akan masuk kepada hal-hal yang membinasakan dirinya.
Telah bersabda Rasulullah SAW :
“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan pertama, tapi bukan pandangan kedua.”
Salah satu bahaya memandang yang haram ialah timbulnya pelbagai unsur-unsur kejahatan. Seterusnya, seseorang hamba itu akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah siksa yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebahagian pun sudah tidak mampu.
Terdapat sebuah hikmah yang mengatakan bahawa :
”Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram itu lebih mudah daripada menahan kepayahan yang ditimbulkan daripada pandangan yang terus-menerus”.
Zina Pikiran, Lamunan, dan Khayalan
Bahaya dari tabiat suka mengkhayalan adalah lebih berbahaya. Dari sinilah punca awal segala kebaikan mahupun kejahatan. Dari sini pula lahirnya kemahuan yang bermacam-macam cita-cita dan tekad.
Barangsiapa yang pandai mengendalikan khayalannya, maka sesungguhnya ia mampu menguasai dirinya dan syahwatnya. Sebaliknya, barangsiapa yang kalah oleh lamunannya, maka jiwa dan syahwatnya lebih menguasainya. Barangsiapa yang meremehkan lamunan-lamunannya, maka ia akan termasuk ke lembah kebinasaan. Lamunan-lamunan itu akan terus berputar di dalam hati manusia hingga menjadi angan-angan.
Seperti halnya fatamorgana yang ada di suatu tempat yang lapang yang dikira air oleh orang yang haus. Namun ketika air itu dekat ia tidak mendapatkan apa-apa. Allah berfirman:
“Dan bagi orang-orang kafir, segala amalan yang mereka yang mereka usahakan ibarat fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu tiada. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya[1042].” (QS. An-Nur :39)
3 Jenis Zina Yang Membuka Pintu Maksiat
Zina Lidah, pintu masuk perkataan
Untuk menjaga zina lidah hendaknya kita mengelak daripada terpacul kata-kata yang sia-sia dan mendatangkan dosa. elakkan daripada berkata kecuali kata-kata yang mempunyai kebaikan dan hikmat kepada diri sendiri dan orang lain. Segala butiran percakapan kitalah mempunyai keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW ketika ditanya,”Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang ke dalam neraka?” Baginda menjawab “mulut dan kemaluannya”.(Hadis riwayat oleh Tirmidzi)
Daripada maksud hadis di atas, kita seharusnya berwaspada dengan segala gerak geri dan tingkah laku kita. Fikir-fikirkan..
Wallahualam

back to top