15 Perkara yang membatalkan Syahadah tanpa disedari

1 comment

Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama yang menunjukkan bahawa umat Islam bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Pada masa kini, ramai yang pada luaran islam tetapi tanpa mereka sedari mereka telah melakukan perkara yang boleh membatakan syahadah mereka.

Secara asasnya, iman boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu perkataan, perbuatan dan niat. Melalui 3 asas tadi, saya kongsikan 15 perkara yang boleh membatalkan syahada Islam
  1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
  2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah
  3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah
  4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada selain daripada Allah
  5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah dan Rasul
  6. Berhukum dengan selain daripada hukum Allah
  7. Benci sebahagian ajaran Islam atau keseluruhan Islam
  8. Mencintai dunia melebihi akhirat
  9. Menghina apa-apa sahaja daripada Kitab atau Sunnah
  10. Menghalal apa yg Allah haram dan mengharam apa yang Allah halal
  11. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
  12. Tidak beradab dengan Rasulullah SAW
  13. Mendakwa al-Quran ini ada tafsiran batin, bukan zahir berdasarkan dhauq, ilham, kashaf
  14. Mengkafirkan Muslim, menghalalkan darah mereka
  15. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
Sebagai seorang umat islam, jika mesti menjaga segala percakapan,perbuatan dan niat agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Dunia sekarang terdapat pelbagai pihak yang cuba menghancurkan umat islam. Jadi, berjaga-jagalah sebelum terkena.

1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Mempunyai MASALAH KEWANGAN ???

Ingin Menjana DUIT PANTAS ???

KLIK SINI ===> www.DuitPantas.xyz

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top