CUBAAN BERSETUBUH DENGAN MAYAT GADIS 17 TAHUN GAGAL KERANA KERANDA KECIL

1 comment


Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.

Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. 

Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. 

“Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. 


1 comments:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini ANDA juga BOLEH Buat Duit dengan TRAFIK PERCUMA dari Facebook!

Nak tahu bagaimana???

KLIK SINI ===> Rahsia Trafik Facebook!

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top