Percutian Bulan Madu Tidak Ditaja, Guna Duit Sendiri – Hairul Azreen

No Comments
Ramai yang mengetahui bahawa destinasi bulan madu mereka adalah tempat yang eksklusif, mewah dan cukup terkenal sebagai pulau untuk bintang Hollywood menenangkan fikiran mereka. Tentu sekali harganya mahal bukan?
Mula lah ada pihak yang mempersoalkan banyak betul wang Hairul dan ada juga menyangka beranggapan mereka mendapat tajaan. Walaubagaimanapun, menurut Hairul beliau mengakui percutian tersebut menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.
Kami tak ditaja langsung sebaliknya menggunakan duit sendiri. Ini ‘upah’ terhadap kerja kerja keras saya selama ini. Saya bukan orang yang boros dan suka keluar ke sana sini. Setiap sen yang diperoleh, saya simpan.
Baguslah kalau Hairul Azreen seorang yang suka menyimpan wang hasil kerja keras, kata orang sekali sekala apa salahnya hendak bermewah-mewahan. Cerah masa depan Hanis Zalikha bersamanya ye dak?

back to top